Pages

01 June 2009

Cerita Danish

Setelah 3 hari berturut-turut Danish demam panas sehingga suhu mencecah 39 darjah celcius, akhirnya semalam kitorang dah tahu puncanya... Danish kena demam campak (yg halus2 tu). Patutla demam teruk.. paracetamol syrup pun tak lut. Terpaksa bagi supp Voren @ ubat vontot..hehe.

Danish kena kuarantin kat rumah, takleh g taska. So, terpaksalah Mummy cuti temankan Danish kat rumah. Harap2 big bos tak bising, paham2 lah yer.. anak sakit. Minggu depan 2 minggu berturut2 kena outstation.. hadoiii!!!!! nyampah nyer..

Baring jer.. agaknya badan Danish sengal-sengal.


Sila zoom-in utk melihat dengan lebih jelas


Ini lah rupa ubat vontot ittew.. kepada bakal2 ibu dan bakal2 bapa, sila simpan gambar ini untuk rujukan anda di masa akan datang yea...!

No comments: