Pages

24 June 2009

:o(

Saya merasakan cerita ini wajar di kongsi dengan korang semua. Semalam emosi saya adalah tidak stabil. Saya takut ada yang menyalahkan saya di atas kejadian yang berlaku. Sbb tu la saya letakkan password. Now, dah takder.. selamat membaca.

................................................................

Semalam hati aku sangat² terguris, nak marah, nak menangis, nak meraung.. semua nya ada. Sampai hati betul dia buat macam tu. Baik berhenti kerja, kalau tak boleh nak handle budak2. Yess, ni berkaitan anak aku. To be exact, Danial.

Petang semalam, masa on the way ke pasar malam. Nadhirah bgtau, petang semalam Danial kena pukul dengan teacher Fatin. Dengan hanger. Kuat. Danial sampai menangis. Sebab, takmo mandi. Dah suruh banyak kali, tapi masih leka bermain. Husband selak baju Danial.. tgk kat belakang. Masya Allah!! Berbirat, ada kesan kena hanger tu. 2 lines. Aku drive masa tu.. menggigil. Cepat² park kereta kat tepi, sbb aku nak tgk betul².

Ya Allah, sampai hati ko buat anak aku macam ni. Kurang hajar punyer cikgu. Danial cuma taknak mandi, ko belasah sampai macam ni? Bukan salah serius pun, bukannya Danial pecahkan pinggan ke, pasu ke, bakar sekolah ker. Naik hangin betul aku ngan husband masa tu. Aku terus u-turn, pergi semula ke sekolah. Aku nak jumpa sangat si Fatin tu. Nak mintak penjelasan. Laju gila aku drive, badan dah menggigil² dah..

Sampai sekolah, jumpa principal dulu. Explain kat dia. Dia pun terkejut beruk. Kitorang mintak panggil cikgu Fatin keluar. Nak jumpa face to face.. Kuar je Fatin, aku and husband terus bercerita tentang tu. Tunjuk kat dia birat di badan Danial.

Dia nampaknya takde rasa bersalah. Keep on saying that Danial takmo mandi... Danial takmo mandi. Nak bgtau aku Danial degil la tu. WTF?? Lantak situla dia takmo mandi. Aku tak kisah, biar dia balik dengan bau busuk. Tapi jangan balik dengan kesan birat2 macam nih. Ini dah kes serius. Belasah anak orang.

Kitorang cakap kuat2 biar parents lain yg ada masa tu boleh dengar.. Lama2, dia baru say sorry. Kata menyesallah, tak sangka jd camni la. Aku soh dia kontrol sikit emosi dia tu. Jangan nak lepaskan kat budak. Bila dah keje as pengasuh, sabar kena tinggi. Sbb ko kena handle budak2 yang 1001 macam perangai dan ragam. Kalau tak boleh, BERHENTI aje. Senang.

Kitorang explain panjang lebar ngan principal. Principal sangat2 kesal dengan kejadian ni. Dia akan keep on watching si Fatin tu. Selama ni takder pernah jadi mcm ni. Tak pernah dapat komplen dari parents. Rupa2 nya si Fatin tu kerja sementara je kat situ. Sementara dia cuti semester. Minggu ni minggu terakhir dia keje. Bagus la. Berambos ko.. orang mcm ko takder tempat kat taska/tadika anak2 aku. Atau di mana2 pusat asuhan sekali pun.

Sebelum ni aku takder masalah ngan taska baru ni. Semua yang aku perhatikan, memuaskan hati. Pengasuh nampak caring. Pemakanan okey. Overall, better than tempat lama yg kitorang hantar. Tak sangka benda ni pulak yg berlaku. Hmm, ada nya si Fatin tu telah memburukkan imej taska itu di mata kami. Jangan pulak kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Pagi tadi, aku mintak tolong proncipal jauhkan si Fatin tu daripada Danial. Danial dah trauma, takmo jumpa Fatin. Aku pun yg ajar Danial, supaya kalo ada apa2 hal. Jumpe teacher lain. Aku takmo si Fatin tu ambik kesempatan pulak. Lepas geram kat Danial lagi, nak2 lepas kitorang sound dia. Harap2 dia insaf la.

Di saat ini aku teringat dengan kelembutan Cikgu Shima di Taska Kelip2 Comel Puncak Alam. Sifat keibuannya sungguh terserlah. Budak2 semua sukakan dia. Dia juga pandai ambil hati para pekerja. Kak Shima, mana saya nak jumpa orang macam akak?? Semoga akak meneruskan usaha dan niat murni akak dalam mendidik anak bangsa dengan penuh hemah dan beretika. Lesson learnt!

3 comments:

makLong said...

mami sue... betol ker sampai mcm tu sekali cikgu tu belasah danial.. GERAMMM NYER.... kesian danial... mak long pon rasa mcm nak rejam jer cikgu tu bior mamposss...

mami-sue said...

mmg betul maklong. ini betul2, bukan cobaan..

harap2 lepas ni kejadian seperti ni tak berulang lagi.

HazlisaNoor said...

laa...apa punya cikgu daa..rosakkan nama fatin jer..kalau akak pun akak marah..