Pages

31 October 2011

Kartun fav kami

Grim Advantures of Billy & Mandy


Saluran cartoon network. Waktu siaran tak dapat dipastikan. Sila dengar dalam bahasa melayu. Memang lawak. Si tengkorak tu cakap dialek nogori. Sengal pulak tu. Lepas je abes citer tu, otomatik aku dan WGS ckp nogori.... hehe.

27 October 2011

Si Comel

 

2011-09-29 10.11.28
Adudu, Yaya, Kiki dan Lala.
Adudu dan Kiki dah takde. Tinggal Yaya dan Lala je. Nasib baik sepasang. Tapi sekor biru sekor hijau. Sape kata BIRU dan HIJAU tak bole NGAM? Now berkepit aje berdua. Si Yaya dah mula masuk sarang. Harap-harap dapat la baby tak lama lagi..

2011-10-07 10.08.35
Saat-saat akhir Kiki. Sedih.


2011-09-13 12.54.07
Adudu (kanan).
Punca kematian tidak dapat dikenalpasti. Adudu dan Yaya sememangnya pasangan romantik.

image
Romantik kan?
Yaya keseorangan kini….

image
Upin dan Ipin
Takde masalah nak jaga, tapi geli nak pegang. Ada masalah, jerit je, “Danish………. Tolong angkat tortoise ni!”… sekejapan je budak kecik tu datang.

2011-10-17 15.17.03
Tupai masih di dalam perangkap. Bibik jiran yang tangkap. Hajat  hati nak bela, sekali dalam sangkar burung. Tapi tak sampai hati, bila sang tupai meronta-ronta nak keluar. Hiruk-pikuk pulak burung2 kat dalam tu, kena sergah dengan sang tupai. Akhirnya, dilepaskan ke habitat asal.


2011-09-19 14.00.04
Sangkar burung. Now pokok ara kat dalam tu dah togel tak berdaun. Daun-daunnya semua dikerjakan oleh Yaya and The Gang. Rumput kat dalam tu pun dah panjang. Ada tak Bangla yang sudi nak cabut rumput dalam sangkar agaknya, ye?

2011-08-07 09.44.35
Ikan kepoh yang dipancing di parit, di Muar. Hidup segar bugar di kolam, berkawan bersama ikan koi dan ikan bandaraya. Badannya dah tukar berwarna terang, tidak lagi gelap macam tu, sbb dah tak dok kat AIR HITAM lagi. Air jernih je sekarang…

2011-08-06 17.41.03
Porcupine. Oh, ini bukan belaan saya. Ini kepunyaan Cik Ju (Makcik WGS). Ada 3 ekor kesemuanya, tak pasti dapat dari mana.

Ada haiwan kesayangan, amat menghiburkan. Tengok telatah mereka. Pagi-pagi, mendengar kicauan burung. Mendamaikan. Tapi, ada satu masalah.

Bila ada yang mati, aku yang sedih lebey. Siap nangis ko. Tu memang masalah ku, sejak azali. Kucing mati, nangis. Burung mati, nangis. Letrik mati, pun nangis. Gelabah betul la…. hehehe.