Pages

30 March 2012

Genting Skyway

Kejadian pada cuti sekolah yang lepas.

Lama punye cerita.

4 tahun lepas (kot), kami sekeluarga pernah ke Genting, tapi cuma sampai Goh Tong aje.. pastu turun balik sebab budak2 muntah pening agaknya, jalan bengkang bengkok. Masa tu cuma dapat tengok cable car dari kejauhan aje.

 

Jadi bila ada peluang macam ni, memang seronok sangat la budak bertiga tu. Yang emaknya pulak, dah kecut2 perut, gayat derr..

2012-03-17 14.44.51

Di stesen kereta kabel. Tu orang tengah beratur nak naik.

 

2012-03-17 14.47.59

Berlepas keluar dari bangunan tu. Waktu tu aku pejam mata rapat2, ngeri nak tengok… masa zuuuppp dia turun tu, aku dah siap2 mengucap dalam hati… hehehe.

WP_000743
Di dalam. Waktu pergi, tak ramai sangat orang. Boleh la satu cable car tu utk family kitorang aje… tapi waktu balik, sumbat sampai penuh… (max 8 pax)

WP_000749
Begitulah rupa nya bergantungan di atas sana. Tinggi tau.

WP_000654
Sayup2 kelihatan cable car lain di belakang.

Selagi belum landed, memang dag-dig-dug aje la haku.

 

Sampai kat atas tu, pergi makan, and jalan2.. tak masuk pun theme park. Sebab dah lewat. Layan budak2 main bumper car aje la..

 

2012-03-17 16.58.36
Nadhirah & Danish

2012-03-17 16.58.47
Danial (kanan sekali)

 

2012-03-17 17.33.04
Menikmati stroberi coklat. Nadhirah dan Danial suka sangat. Danish rasa sikit  je, pastu takmo. Tekak melayu betul. Mana taknya, sarapan pun nak nasi lemak.. while abang dan kakak makan cereal je. Sama la macam mak ko masa kecik dulu. Dah tua2 ni baru tekak universal sket… hehe

 

Itu aje kisah percutian kami ke Genting selama lebih kurang setengah hari.. eh mungkin cuma suku hari. Jadila. Yang penting masa cuti sekolah terisi dengan aktiviti family macam ni. Sudah pastinya periuk dan kuali bole berehat. Gas pun jimat. Lagi best tukang masa cuti memasak satu hari. Horeeey!

29 March 2012

Pengalaman Pertama Menonton F1

Kejadian pada Ahad lepas, 25 Mac 2012.

Kami sekeluarga bersama atok dan nenek menonton F1. Kata Daddy, sebelum ke Korea lagi Atok dah ajak Daddy tengok F1. Huii… semangat betul Atok ni. :)


Pagi Ahad tu, jemput atok dan nenek di LCCT. Landed lebih kurang pukul 6.45pagi. OTW balik BSP, Daddy suruh beli ticket online thru handhone. Nasib baik ada lagi, tapi tiket yang paling murah dah abes. Tinggal yang RM120 je. Hantam, beli utk 6 orang. Total kira lah sendiri. U nak bayar, I ok je. U nak tgk F1, I follow.. u pergi nyawit pun I follow. U masuk bilik termenung je I tak follow.

 

2012-03-25 07.24.45
Mertua-ku yang stylo
^_^

 

Sampai rumah, bersiap lebih kurang… kitorang keluar semula. Sebelum tu singgah cyber café dulu utk print ticket dan beli kanvas buat alas tempat duduk. Maklumle, tiket murah dok atas rumput. Kena la ada alas.

 

2012-03-25 11.17.31

2012-03-25 11.17.23

Daripada tempat parking, perlu naik shuttle bas utk ke entrance. Budak2 punye la seronok dapat naik bas… very the jakun one!

 

2012-03-25 11.55.09
Port kami pada hari itu. Melampau besau kanvas yang Daddy beli. Dah macam tikar utk rewang je gayanya. Masa ni orang tak ramai lagi… Dah dekat nak race nanti, orang bertambah ramai macam semut…

 

2012-03-25 15.48.53

Penuhh. Waktu ni lagu negaraku sedang berkumandang. Automatik semua berdiri tegak, termaksuklah warga asing. Ecehh, terharu disitu.

 

WP_000776

Perlumbaan sudah bermula. Best juga duduk kat selekoh. Dapat la tengok kereta tu lama2 sket, sbb diorang perlahan kat selekoh… (lepas hujan, track licin.) Kalo jalan tegak, berdesup semua kereta mcm lipas kudung. Tau2 je dah hilang dari pandangan mata…. bunyi je yang tinggal.

 

2012-03-25 17.07.44

Bunyi bingit dan suasana hingar bingar tidak menghalang Danial utk tidur lena. Mana taknya, telinga dia tersumbat dengan earplug. Kalo takde earplug, mmg boleh jahanam gegendang telinga.

 

Race habis agak lambat, sebab ditunda akibat hujan lebat, Tak kisah la, asalkan tak dibatalkan terus mcm Daddy kena 2 tahun lepas. Race baru mula 15min, dah batal sebab ujan lebat… Tula, sape suh tak bawak mem, kan dah hujan… hehe.

 

Overall, pengalaman manis utk kami yang pertama kali menonton. Menyaksikan kelajuan jentera F1, memerhati gelagat penonton, dan yang lebih best menghabiskan masa bersama keluarga. ♥♥

 

Danish cakap “Daddy, nanti kita tengok kereta lumba lagi ye?”

Mummy kata “Daddy, sila lah menabung dari sekarang ye?”


Daddy kata “Ok, you’re the boss!!” (gaya cakap orang dalam game Warcraft)

Eh, tapi kan.. ada jugak pengalaman pahit kat sini. Masa masuk, beg kita akan di cek oleh petugas utk memastikan tiada sebarangan minuman atau makanan di bawa masuk.

Kitorang bawak 2 bag pack. Ada lebih kurang 7 botol air dalam tu. Brader tu suruh kitorang minum habiskan kat situ jugak, or else tinggalkan or buang aje. Gila.

So, keluarkan 2 botol… minum sorang sikit. Belakon lebih kurang… dan seludup minuman2 yang selebihnya ke dalam. Hehehe.. selamat! Kalau tak merasalah beli air mineral botol kecik berharga RM5.00 kat dalam tu.

Eh, nak tau tak. Bukan sahaja berjaya menyeludup air  minuman, tetapi kitorang berjaya juga menyeludup 10 keping roti canai + kuah dhal, kuih kopeng ke*** dan kacang cap tangan. Muhahahahahah….

Menonton F1 sambil berpiknik kekdahnya.
Canggih.

 

2012-03-25 14.04.40
Eh, balik2 tudung nih… takde tudung lain ke? Ehehe..
Well, for me, kalo dah selesa, memang itu aje la yg aku pakai ulang2.. sampai bosan. Orang bosan nak tengok, nasib la. Ada aku kisah? 
^_^

 

Chill…

 

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan

Kejadian pada 16 Mac yang lepas.

Alamat:

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Jabatan PERHILITAN

Kuala Gandah, 28500 Lanchang

Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel: 09-279 0391

Faks: 03-279 0398

 

Aktiviti yang boleh dilakukan disini:

BERMAIN BERSAMA GAJAH

MEMBERI MAKAN GAJAH

MENUNGGANG GAJAH
MANDI BERSAMA GAJAH

Maklumat lanjut, boleh rujuk SINI

2012-03-16 13.09.59
Setiap pengunjung akan diberi sticker, samada kuning atau merah. Yang kuning special, sebab boleh menunggang gajah dan mandi bersama gajah. Yang merah cuma dapat bagi gajah makan.

 

WP_000689
Best, dapat pegang, usap, belai… nak peluk pun boleh. Kat zoo mana boleh buat macam ni.

WP_000697
Ada gaya seperti penjinak gajah tak

 

WP_000695
Gajah tu muda dari aku, tapi kenapa dia lebih besar?

2012-03-16 14.58.01
Waktu ni air sungai tinggi, jadi aktiviti mandi bersama gajah dibatalkan. Cuma penjaga gajah je yang mandikan gajah diorang.

2012-03-16 14.08.21
Sian dia…mintak makan.. tapi kitorang tak bawak apa2 melainkan cikedis. Takkan nak bg kot. Ada pengunjung lain bawak buah pisang siap2… Lenkali bole la bawak buah pisang/betik kalau datang sini lagi.

2012-03-16 15.41.22
Danial & Danish sedang menunggang gajah. Mummy and Daddy adalah jeles ok, tak dapat tunggang gajah. Sebab utk satu keluarga, hanya kanak2 je yang dibenarkan. (Pass menunggang terhad)

2012-03-16 15.44.04
Oleh kerana Mummy dan Daddy tak bole naik, Nadhirah naik ngan orang lain. Ok je budak2 bertiga ni dengan binatang. Tak takut langsung. Danish pun dah bising kata nak g tunggang burung unta pulak. Insya Allah, ada masa kita pergi ye.

Keterujaan dapat menyuap gajah makan. Ngeri jugak, takut dia ngap kepala aku… hehe

26 March 2012

Hi


Tuan blog kata, lepas ni dia nak update macam biasa. Entah ye entah tidak. Kita tunggu ajelah ye.

^_^

Posted via BlogPost