Pages

20 March 2009

Berjauhan seketika

Orang kata:
Sayang isteri, tinggal²kan.. sayang anak, tangan²kan...

Aku kata:
Sayang suami, jangan le tinggalkan.. sayang anak, memang tangan²kan ler.. huhuhu

Kali ni aku ditugaskan ke luar daerah. Keluar dari daerah Hulu Langat, pergi ke daerah Kuala Langat.. heheh. Ala, kat Morib je sebenarnya. Tapi oleh kerana kursus tu berlangsung selama 5 hari terpaksalah aku tido sana. Dari 22/3 hingga 27/3.. almost 1 week!

Paling aku tak suka out-station. Bukan apa, kesian kat anak² yang masih kecil tuh. Aku ngan husband pun kadang² terlepas pandang kat diorang.. itu masa dua² ada kat rumah. Bayangkanle kalo beban tu digalas oleh sorang.. haru jugak le. Mana nak buat laundry, nak prepare makan, buat susu, cari botol susu yang hilang, sapu sampah, lap air tumpah, lap muntah, leraikan gaduh, tinjau² bilik air takut ada yg syok main air sorang².. hmm, macam² lagi la. 1001 macam hal.

Nasib baik kitorang dapat import adik husband yg baru dpt result spm. Buat temankan husband masa kat umah. At least ada la jugak orang nak tengok²kan budak bertiga tu sementara husband aku buat kerja rumah.

Untuk Abang, terima kasih yer. hehe.. Apa lagi nak cakap kan? Yg xtravaganza tu behind the camera lah!! heheh... Doa² le isteri Abang ni dapat tukar cepat sket. Semoga lepas ni tak payah le outstation lagi.

Aduh... bosan sungguh!

Semoga aku dapat update blog ini walaupun aku takder kat opis. :)

19 March 2009

2010

Tahun depan Nadhirah dah masuk darjah 1 beb.. huhu. Aku yang gabra. Ok ke tak anak aku kat sekolah ni.. Dengan macam² kes buli sekarang ni... eii, mintak dijauhkan Allah.

Alhamdulillah, Sekolah Rendah kat taman perumahan kami akan dibuka tak lama lagi. Dengar cerita bulan Mei ni sekolah tu akan beroperasi. Isnin lepas, sementara aku cuti sempatlah gi daftar Nadhirah untuk darjah 1 2010.

Walaubagaimanapun sekolah tu sebenarnya belum 100% siap. Bangunan tu dah le, cuma padang pun aku tak nampak lagi. Pagar pun tak pasang lagi. Jom tgk gambar:


Notis pemberitahuan pendaftaran darjah 1 ditampal pada tingkap post guard. Kalo tak perati betul² memang tak perasan!


Kontraktor sedang bertungkus lumus menyudahkan kerja² akhir


Nak kata dewan, kecik sangat! Kantin agaknya..


Yang ni confirm la bus-stop. Bukan tandas yer...

Korang rasa sempatke siap bulan Mei nih??? Macam tak lojik ajer.......hmm...

17 March 2009

Khasiat Nenas


Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.


Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah




Korang pernah potong nenas mcm nih? Aku bet mesti tak pernah punyer!.. Macam makan eskrim jer, sonang sangat. Aku suka kalo cik abe yg potong kan nenas. Sap sap soi dah siap. Kalo aku, alamat lagi 2 jam baru dpt mkn. Terhegeh2..


Demo cara makan nenas yang masih bertangkai. huhu


Manisnyaa... nyum! Nyum! Macam direndam dlm air gula..


Tada... licin sudah!!


12 March 2009

Avatar


Ni avatar husband dan aku sendiri..hehe. Create kat sini. Kalo berminat bolehla cuba.

Santai


Untuk tatapan semua yang mengenali saya. Tidak kira dimana jua anda berada. I love u all so much! Muahh...



Manja nyer!

Nadhirah: Macam mana kita nak cross longkang ni? Kakak takut la..
Danial: Ala, kacang jer. Kita masuk dulu dalam longkang. Pastu keluarlah! Apa susah... Basah sikit je selipar kita.


Nadhirah: Danial tunggu kakak, kakak takut!!!


Mummy: Lompat je la. Bukannya dalam pun.
Nadhirah dah tarik muka 14...


Mummy: Mummy taknak tolong. Usaha sendiri... Senang aje. Pikir, pikir, pikir!!
Nadhirah: UWAAAAAAAAAAAAAAAA...!!


Nadhirah: Takmo kawan mummy.. isk..isk..isk.


Nadhirah: Jangan le ambik gambar kita.


Nadhirah: Kakak tak suka mummy buat kakak macam ni. Kakak sedih tau!



Mummy: Ala, jgn la merajuk cayang. Mummy nak train kakak bagi lasak sket mcm Danial. hehehe.



11 March 2009

Sepintas lalu...



Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran Danial yang ke-4. Alhamdulillah. Dah besar anak Mummy!

Danial lahir di Darul Ehsan Medical Center, Shah Alam. Pukul 4.30 petang hari Jumaat yang penuh berkat. Berat 3.33kg. Sama macam kakak dia dulu. Lahir normal tapi dengan bantuan epidural. Aku taknak ambik sebenarnya epidural nih, tapi kesian kat nurse tu.. dah byk kali tanya "Nak epidural ke tak? Nak epidural ke tak?" Untuk tidak menghampakan beliau aku pun angguk ajer la. hehehe

Sejarah aku bersalin, sakit lama. Mcm Nadhirah dulu, sehari semalam aku sakit. Siap induce lagi, tapi baby masih tak mo keluar. Jalan pun tak bukak2. In the end, operate. Allah aje yg tahu mcm mana sakitnya lepas di induce tu. Itu sebablah aku amik epidural utk mengelakkan kes2 sebegini..

Pas cucuk je epidural tu, bravo!! Boleh senyum2 ko.. jgn tak percaya. Kontraksi yg maha hebat sikit aku tak rasa. Siap leh tido lagi. Husband leh tinggalkan aku sorang2 sbb nak g solat Jumaat. Aku ok je, no hal. heheh.. Aku sgt kagum dan berterima kasih dgn sikap nurse kat hospital tersebut. Sangat sabar melayan karenah aku yg kadang2 diluar kebiasaan. :P

Masa pregnant Danial, aku lasak. Hari2 drive sorang2 dari Puncak Alam ke Putrajaya. 60km tu jarak dia.. pergh! Kalo nak buat sekarang mmg tak sanggup rasanya. Mungkin sebab semangat Danial dalam perut yg kuat yg buat aku mampu travel sejauh itu hari2... :). Hari Khamis 10hb Mac 2005 tu aku masih lagi pergi kerja. Siap berseloroh ngan technician aku, kata aku kalo boleh nak bersalin esoknya sbb hari Jumaat. Tak sangka betul permintaan aku dikabulkan Allah.. Syukur! Syukur.

No wonder Danial sangat lasak orangnya. Pandai berdikari, tak takut orang, pandai bawa diri di tempat baru. Igt lagi, hari pertama kitorang hantar dia ke taska baru, lepas sejam dia dah sebok suruh kitorang balik..heheh. Cayalah Danial.

Semoga Danial membesar menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin!

10 March 2009

Aktiviti di hari Ahad

Ini adalah pokok ANGGUR. Percaya tak? Kat Selayang dan Seri Putra dah tanam pokok Anggur tau. Jgn jeles. Org Rawang nak jugak ker?? :P


Ni masa kat Tanjung Harapan, Port Kelang. Masa ni kat atas replika kapal yang dah usang dan tak terbela... Merbahaya untuk pelawat. Paku bersepah sana sini. Kepada pihak yang berkenaan, sila ambil tindakan sewajarnya. Benda cantik, rugi yang dijaga.


Lovely Abah. I lap u Abah.


Pakar posing, Nadhirah. Danial bila nak bergambar, suka buat aksi pelik.



Tengokla tu Danial.. Org nak dia senyum, dia buat tarian Mr. Bean pulak..
I belive i can fly...


Panas ya Rabbi masa nih. Seb baik i pakai Rexona u! Kalo tak hangit semacam..hahaha.


Keluarga kecik kami. Biar kecil tp bahagia.. amin!

Malamnya, kami dinner di Restoran Muara.


Tengok meja kitorang, bersepah gila.


Abg Ngah posing ngan siakap steam yg tinggal tulang.


Tu dia orang kuat / tukang belanja makan.. Mekasih daun keladi, lenkali belanja la lagi.


Posing lepas makan.


Tengah mencekik.. hehe


Abah langgar pantang. Harap2 Abah okey.. Balik cepat2 makan ubat. huhuhu


Sunset di port klang


Danial merenung masa depan.. Nak jadi otromen ke, superman? Dedua spender merah. Hmm, jadi ape ekk yg best?? :p


Kakak Ipar aku. Kak Zura dan Umaira.


Abg Ngah sekeluarga


Aku sekeluarga.


With Abah..


Pak Ngah dan Danial.


Anak bujang Abg Ngah, Adlee. Dia dah cederakan kaki maksu ngan kerusi dia. Adoiii.. Sakit sampai sekarang tau!!


Penggemar Siakap Steam.


Di mana-mana pun aksi begini takkan dilupakan. Besar betul pengaruh super hero ke atas kanak2.


Aku dan sotong goreng tepung yang liat.. tak sodap.


Lihatlah hero kesayangan ramai nih.. Ada je pe'el pelik dia. heheh..

Budak ni anti betul ngan maksu & paksu dia. Amik gambar dia pun nak marah.. adoila.. Kalo aku lalu je sebelah dia, mata dia menjeling semacam. heheh So cute!


Overall, outing kali ni seronok. Walaupun tempat makan tak berapa bagus. Sidek & Abg Ngah g ngamuk2 kat kaunter, dapat le rebate RM10.00.. Ade ke patut Senangin bakar dia masin mcm ikan masih. Rm35/kg pulak tu. Hanggok tul. Kalo camtu baik aku order ikan masin jer. Lagi murah. Tak bley pakai.. Jgn le pergi tempat ni lagi. Next time kita g Bagan Lalang pulak. Orang2 BCH nak join tak??? Pakat tido BSP la..


2 in 1

Salam,

Sabtu lepas kitorang raikan majlis harijadi Danial (akan datang, 11 Mac) dan Danish (dah lepas, 31 jan).. 2 dalam 1 lah kiranya. Buat kat Selayang jer, sebab ekonomi dunia tgh tak stabil skrg ni. Pak Lah pun soh kita belanja berhemah.. (pak lah=pakcik Dolah aka bapak aku..hehehe)

Jom tgk gambar




Cucu Atok, Ariesya dan Nadhirah


Alahai.. mcm tak cukup tinggi pulak Nadhirah. Genetik saper lah nih.. hehe


Aksi Paklong cuba kiss Danial. Danial tak suka dicium. Kelam kabut nak lap. Tak dpt lap ngan baju, guna belon pun jadi..


Hape punyer belon, punyer susah nak tiup. Semput oo.. Ikhtiar lain, guna pam basikal. :P


Nadhirah kata tangan otromen tu macam tangan Doremon. Tak puas hati tul aku ngan indon yg buat kek nih. Ape kejadah dia tulis nama OTROMEN tu besar2?? Dah tu nama besday boys kecik cam semut.. Argh!!!!!!! Sekali pandang sume org tahu itu otromen la.. hish.


Azim: Elleh, kek Spongebob Azim lebih besar dan cantik la.
Danial: Mari kita korek mata dia...


Tu dia besday boy. Masa ni Danish tido, so x de gambar dia.


Abg Ciwan sedang mengetest kamera baru beliau. Walau apapun, kamera maksu dia lagi canggih! hahahaha


Hadiah dari Pak Ngah. Bajak belum siap. Tak tahu le dapat disambung ke tidak. Sbb kemungkinan besar komponen2 bajak tu dah hilang..


Senapang.. dari Pak Ngah juga.


Jam Ben 10 dari Mummy. Fav Danial. Mandi pun nak pakai benda tu. Jenuh nak memujuk soh tanggalkan.


Bukan jam pun sebenarnya. Mainan ape aku pun taktahu. Tapi leh kuar lampu ngan bunyi.. Boleh mengejutkan Danish tido jika jam tu dihidupkan tengah2 mlm.


Danish terpegun melihat kasut baru. Mcm tak suka je Danish?


Blocks dari Maklong.. Senapang pun ada jugak. Abesla, sume org kena ketuk ngan senapang dia nanti..


Satu lagi fav Danial, Xylophone. Dah ada 1 kat rumah, tapi dah tanggal2 namun masih tetap jadi pojaan hati Danial.


Kakak yang sayangkan Adik. Sikit pun tak jeles tgk hadiah byk2 utk adik2 dia. Cayanggg anak Mummy!


Overall, majlis berjalan lancar dan meriah. Lepas aksi makan2, acara diteruskan dengan sesi kutuk-mengutuk masa tgk video kawen Pak Ngah 11 tahun yg lalu. Pecah perut ketawa. Apesal la ramai benor yang pakai tudung tak matching ngan baju??? Baju kuning, tudung biru. Baju biru, tudung merah?? hahahaha.. pelik tapi benar.

*tersentuh tgk mak dalam video tu. i miss her so much!!