Orang kata:
Sayang isteri, tinggal²kan.. sayang anak, tangan²kan...
Aku kata:
Sayang suami, jangan le tinggalkan.. sayang anak, memang tangan²kan ler.. huhuhu
Kali ni aku ditugaskan ke luar daerah. Keluar dari daerah Hulu Langat, pergi ke daerah Kuala Langat.. heheh. Ala, kat Morib je sebenarnya. Tapi oleh kerana kursus tu berlangsung selama 5 hari terpaksalah aku tido sana. Dari 22/3 hingga 27/3.. almost 1 week!
Paling aku tak suka out-station. Bukan apa, kesian kat anak² yang masih kecil tuh. Aku ngan husband pun kadang² terlepas pandang kat diorang.. itu masa dua² ada kat rumah. Bayangkanle kalo beban tu digalas oleh sorang.. haru jugak le. Mana nak buat laundry, nak prepare makan, buat susu, cari botol susu yang hilang, sapu sampah, lap air tumpah, lap muntah, leraikan gaduh, tinjau² bilik air takut ada yg syok main air sorang².. hmm, macam² lagi la. 1001 macam hal.
Nasib baik kitorang dapat import adik husband yg baru dpt result spm. Buat temankan husband masa kat umah. At least ada la jugak orang nak tengok²kan budak bertiga tu sementara husband aku buat kerja rumah.
Untuk Abang, terima kasih yer. hehe.. Apa lagi nak cakap kan? Yg xtravaganza tu behind the camera lah!! heheh... Doa² le isteri Abang ni dapat tukar cepat sket. Semoga lepas ni tak payah le outstation lagi.
Aduh... bosan sungguh!
Semoga aku dapat update blog ini walaupun aku takder kat opis. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment