Pukul 11.00 pg kitorang dah keluar. Menuju ke Sri Serdang, repair kereta Daddy.Asalnya nak repair air-cond. Last minit ada tambahan masalah baru pulak. Duit syiling sangkut kat CD-Player. Baru je seminggu tukar radio baru. Angkara saper? Danish!!! Tu pun dalam perjalanan, Danish gigih berusaha nak masukkan kad touch n go pulak kat dalam Cd-Player tuh.. Adoi.. sabar je lah.
Pas hantar kereta Daddy kat bengkel, kitorang jalan2 ke tempat belajar Daddy dulu masa muda-muda. Skrg dah tua ke? heheh Daddy nak kenalkan kat anak2 kat mana fakulti, asrama, tempat lepak dan tempat2 lain yang menarik. Tempat? UPM la.. dulu dikenali Universiti Pertanian Malaysia. No wonder daddy skrg ni handal bab bercucuk tanam dan mecantas pokok.
Besar betul UPM rupanya. Tak habis kitorang pusing. Suasana damai dan tenang jer, mana taknya banyak betul pokok2 dan tumbuh2an yang hidup subur. Semuanya di jaga rapi. Yang bagusnya, kat pokok tu di tag nama pokok tu sendiri. Bagus untuk pengetahuan kita. Terutama anak2 yang sedang membesar.
Jalan punyer jalan, sampai le kitorang kat Bukit Ekspo. Tempat nih bz masa ada expo konvo jer. Masa kitorang pergi tu, tak ramai org pun. Tempat tu bersih, luas, ada kemudahan awam yang baik. Yg penting ada playground besar utk budak2 bermain. Di tepi2nya pulak ada tasik yg ramai org memancing. Dari kejauhan, boleh nampak ERL melintas laju ulang alik ke KLIA. Best gila budak 3 orang tu berlari kesana sini.







Eiiii, can't imagine la.







2 comments:
woooiiii bagusnya mak si nadhirah.... pikir pasal kamera dulu baru nak cite pasal anak.... huhuuh................
hehehe..
ye ke? tak perasan pulak.
Post a Comment