Pages

11 March 2009

Sepintas lalu...



Hari ni adalah hari ulangtahun kelahiran Danial yang ke-4. Alhamdulillah. Dah besar anak Mummy!

Danial lahir di Darul Ehsan Medical Center, Shah Alam. Pukul 4.30 petang hari Jumaat yang penuh berkat. Berat 3.33kg. Sama macam kakak dia dulu. Lahir normal tapi dengan bantuan epidural. Aku taknak ambik sebenarnya epidural nih, tapi kesian kat nurse tu.. dah byk kali tanya "Nak epidural ke tak? Nak epidural ke tak?" Untuk tidak menghampakan beliau aku pun angguk ajer la. hehehe

Sejarah aku bersalin, sakit lama. Mcm Nadhirah dulu, sehari semalam aku sakit. Siap induce lagi, tapi baby masih tak mo keluar. Jalan pun tak bukak2. In the end, operate. Allah aje yg tahu mcm mana sakitnya lepas di induce tu. Itu sebablah aku amik epidural utk mengelakkan kes2 sebegini..

Pas cucuk je epidural tu, bravo!! Boleh senyum2 ko.. jgn tak percaya. Kontraksi yg maha hebat sikit aku tak rasa. Siap leh tido lagi. Husband leh tinggalkan aku sorang2 sbb nak g solat Jumaat. Aku ok je, no hal. heheh.. Aku sgt kagum dan berterima kasih dgn sikap nurse kat hospital tersebut. Sangat sabar melayan karenah aku yg kadang2 diluar kebiasaan. :P

Masa pregnant Danial, aku lasak. Hari2 drive sorang2 dari Puncak Alam ke Putrajaya. 60km tu jarak dia.. pergh! Kalo nak buat sekarang mmg tak sanggup rasanya. Mungkin sebab semangat Danial dalam perut yg kuat yg buat aku mampu travel sejauh itu hari2... :). Hari Khamis 10hb Mac 2005 tu aku masih lagi pergi kerja. Siap berseloroh ngan technician aku, kata aku kalo boleh nak bersalin esoknya sbb hari Jumaat. Tak sangka betul permintaan aku dikabulkan Allah.. Syukur! Syukur.

No wonder Danial sangat lasak orangnya. Pandai berdikari, tak takut orang, pandai bawa diri di tempat baru. Igt lagi, hari pertama kitorang hantar dia ke taska baru, lepas sejam dia dah sebok suruh kitorang balik..heheh. Cayalah Danial.

Semoga Danial membesar menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat. Amin!

5 comments:

Anonymous said...

walau tak wish semalam.. aku still ingat birthday dia semalam...
hehehe... anyway.. hadiah danial aku bagi bila aku dah kawin ok...
hahaha

ana said...

emmm dah bujang dah yer danial... hepi besday...

Anonymous said...

tenkiu auntie2 semua. doakan danial jadi anak yang baik yer.. :)

Anonymous said...

sib baik dah `toyota wish' awal2...hehe...
Punyala seksa nak carik present utk Danial yg `tahan lasak' n `tahan dr jahanam'..tp akhirnya d sebabkan `kreatif' sangat Danial masa lontar bola bowling tu buat stail mcm main bola sepak..hanya sempat `bertahan' setngah jam je..hehe.Lenkali bzday taun dpn tpksala cari yg hadiah yg betul2 seratus pratus dr plastik..bila baling pun takkan pecah punya..Danial oh danial..!!!

Sue said...

hehehe.. kan aku dah kata. mesti tahan lasak, tahan hempas, tahan hentakkan.. kalo digulingkan dari tangga tingkat atas sampai ke bawah tak pecah, kira lulus lah tu...heheh