Pages

29 June 2010

Quick update

Malam semalam pergi ke Hosp. Azzahrah, untuk buat ujian darah Nadhirah. Punyelah ramai pesakit… penuh semua kerusi.

Daftar-ambil nombor. Tu dia… giliran ke-30. Jenuh la nak menunggu, dengan Danial & Danish yang tak reti duduk diam. So keluar dulu g beli susu budak bertiga ni. Setiap satu pack susu dapat percuma bekas makanan bergambar kartun. Best..best.

Lebih kurang 1/2 jam lepas tu, pergi hospital semula. Bertambah ramai pesakit. Parking depan hosppital pun penuh.. Ish, musim penyakit agaknya ya. Melihat hospital yang penuh dengan pesakit menunggu giliran untuk berjumpa doktor adalah menakutkan….

Nadhirah belum kena cucuk lagi,  dia dah menangis dulu. “Nanti sakit… kakak takut.” Hehehe. Relaxla kakak, sikit je. Macam kena gigit semut je. (klasik betul, saper la yang mencipta perumpamaan sebegitu).

Hasil ujian, alhamdulillah. Kiraan platlet normal. Cuma terdapat 62% bakteria dalam darah. Sebab tu Nadhirah asyik demam aje. Doktor bagi antibiotik yang lebih kuat.

Slps mkn antbiotik baru, demam dah berkurangan.. dedar je. Ulcer masih belum menunjukkan pengurangan, malah telah merebak ke sebelah hadapan pula. Mulai semalam mommy terpaksa bertegas untuk paksa Nadhirah berkumur dengan air garam… Nak rasa tak sedap air garam @ nak kena cucuk ambil darah lagi?? hehehe… berjaya disitu.

Terima kasih kepada korang semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Semoga kita sentiasa dilindungi Allah dari sebarang penyakit merbahaya… Amin.

Image0114
Nabila, awak rindu kat saya ye?

28 June 2010

Pilunya…

 

image

 pic from here

Hari ni masuk hari ke-5 Nadhirah demam. Mula sejak hari Khamis minggu lepas.

Mula-mula dia kata sakit gusi (gigi geraham baru keluar), tak lama tu sakit tekak pulak (toncil). Pergi klinik biasa, doc prescribe antibiotik amoxy.

Tak puas hati, bawak pulak jumpa doktor gigi. Konfem, gusi bengkak sbb geraham kekal nak keluar. Keadaan bertambah buruk bila ada ulcer pulak kat pipi and lidah. Doktor kata bila badan panas, mmg senang dapat ulcer. Doktor cuma bagi ubat sape je utk ulcer.

Pagi tadi bawak jumpe doktor gigi yang lain. Bukan sebab tak percaya pada doktor pertama, just nak make sure tidak ada jangkitan pada gusi yang bengkak tu. Kerana dah hari ke-5 Nadhirah masih demam, antibiotik pun dah habis sebotol.

Doktor gigi ke-2 nasihat untuk buat ujian darah. Dikhuatiri denggi, sebab wabak denggi masih berleluasa di BSP. Huiii.. nauzubillah.

Tapi doktor kata gusi yang bengkak tu ok, takde jangkitan. Cuma tunggu aje la geraham tu keluar sepenuhnya. And kena minum air kosong banyak2.

Makan pun tak tentu 3-4 hari ni. Bubur pun dia tak lalu makan. Minum susu sikit-sikit je. Terpaksa pujuk macam2 bile nak suruh makan. Itu tak termasuk part nak makan ubat. Boleh histeria sekejap mak dia… .

Habis part Nadhirah.

Danish pulak sejak 2 hari lepas kena lelah. Danish ni kalah dengan cuaca sejuk. Hari tu hujan 2-3 hari, terus dapat serangan. Tiba2 batuk berkahak, and lelah pun datang. Nasib baik le neb machine memang ada kat rumah. And ubat dia pun senang nak dapat. Cume kena neb secara konsisten (setiap 4 jam).

Daddy pun tak sihat jugak. Dah 2 hari jalan terhencot-hencot macam House MD. (Wah.. contoh taknak kalah. hehe.. ). Terseliuh agaknya kaki tu.

Dugaan..dugaan. Mujur le mommy dah duduk rumah sekarang. Tak payah pikir nak EL ke, Cuti ke, MC ke.

Susah hati tengok orang tersayang sakit. Kalaulah sakit tu boleh transfer kat mommy, mommy rela. Harap Daddy, Nadhirah dan Danish cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Pembaca pun doakan lah yer. Terima kasih.

25 June 2010

Tudung Syria versi baru, mari beli!! Cuma Rm10.





IMG_1213 
Rasa-rasa kalo aku jadikan gambar ni sbg profile pic kat Facebook, ok tak?

Tula.. apesal maxis brokband ni buat hal. Hujan lebat sket, takder 3g. Adik beradik tiri dengan Astro ke hapa. Kan tak pasal-pasal aku dah meng-eksperimen diri sendiri.


Da.. nak masak megi. Ada orang lapo.


Sekian.

hehehe.. sori kalo ada yang terpedaya. gurau2 je.

24 June 2010

Alhamdulillah

Syukur.. berjaya juga akhirnya menumpaskan gigi susu itu. Goyang punye goyang, akhirnya dengan satu tarikan.. gugurlah ia ke muka bumi..

Maka bermulalah fasa keguguran gigi susu yang berikutnya selepas ini. Tahniah Nadhirah. Anak mommy dah besar!! Sayangg kakak.

 

nadhirah

IMG_1200

gg nadhirah

23 June 2010

Fresh Look

Dapat tahu pasal FreshLook trial pack ni dari blogger VP. Terus masuk website dia, isi form.. dan tunggu. Dan akhirnya FreshLook itu telah selamat sampai ke tangan saya semalam. Terima kasih En. Posmen.

Image0233 
The envelope

Image0241
Isinya.. Sepasang contact lense.


Sesaja je sebenarnya aku try test mintak benda ni. Seumur hidup tak penah pun pakai contact lense. Camana gaya nak memakainya pun idaklah teman tahu. Tengokla nanti, kot terberani pulak nak try pakai…. Dah pakai nanti aku hapdet la ye.

Sekian.

Toy Story 3

imagepic from here 

17 Jun @ Khamis minggu lepas, bawak anak-anak tengok movie Toy Story 3 @ Alamanda. Show pukul 8.00pm. Nasib baik dah beli ticket online. Tak perlu nak beratur. Eh, tapi kena beratur gak sebab nak beli pop-corn. Kalaulah boleh bawak pop-corn sendiri bikin, jimat duit poket WGS.

Jalan cerita yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Kita yang dewasa pun enjoy. Ada part yang sedih, hampir-hampir tewas jugak aku.. sib baik le gelap. Kalo tak kantoi la nampak airmata bergenang…ehehe.

Andy (pemilik toys itu) dah besar, nak sambung belajar kat kolej. So semua toys Andy risau, ape nasib mereka selepas Andy ke kolej nanti. Atas kesilapan teknikal, kesemua toys tersebut dihantar ke daycare @ taska. Di sana mereka memperolehi pengalaman dan kawan-kawan baru. Perlbagai kisah suka duka berlaku disitu.. Takleh citer lebih, nak tahu lebih lanjut sila terjah pawagam berhampiran.

Aku rekemen korang pergi tengok citer ni. Terutama kepada peminat animasi. Tun Badoots, dah tgk lom?? Norm?? Kak Jay, try le tgk.. hilang sket stress kerja tu. Mak Et, cepat ajak Kojek beli tiket. Nanti bole prektis buat kek Woody. Chesue, ko pun kene g tengok. Terimbas kenangan lampau.. sewaktu kita di Selayang. Oh, rindunya.

Nadhirah sangat behave sewaktu menonton. Danial, ok jugak.. tapi lebih terpengaruh dengan Danish yang asyik berlari ke hulu ke hilir dalam panggung yg gelap itu. Sekali sekala boleh la bawak diorang menonton, kalo selalu sgt nanti dua orang hero aku tu buat panggung wayang macam rumah sendiri.

Sekian.

22 June 2010

Mana nak beli Keypad Laptop?

Image0203

Ini adalah kali ke-3 butang keyboard laptop ni tertanggal. Ops, bukan TERtanggal tapi sengaja ditanggalkan/diumpil keluar. Kali pertama oleh Danial, menggunakan aku punya alat membuang sisik ikan (tools yang berduri tu). Tapi nasib baik boleh pasang semula.

Kali ke-2 oleh Danish, pun boleh pasang balik. Kali ke-3 juga oleh Danish. Malangnya sampai patah pin yang melekatkan butang huruf tu ke keyboard.

Aduhai…… ni baru hero 2 orang. Kalo 3? Kalo 4? kalo 5? Aaa… ngeri membayangkannya. Silap2 sofa kat dalam rumah ni boleh berdiri tegak diorang kerjakan.

Sekian.

Operasi Pembersihan Etnik Ku-2

Sabtu lepas bawak Nadhirah ke saloon di Pt. Sulong. Untuk operasi pembersihan etnik ku-2 tu le. Rupanya susah jugak nak hapuskan etnik ku-2 tu ye. Syampu-sikat-syampu-sikat. Lepas 2 minggu ada lagi. Seterusnya macam tu. Bosan betul.

Aku ada baca kat forum Ibu, salah satu cara nak hapuskan binatang ku-2 adalah dengan mem-blow dan meng-iron rambut.

Lain sangat muka Nadhirah selepas rambutnya di-iron. Perasan le buat rebonding kejap. Walhal lepas mandi, dapat le balik rambut asal seperti maggi yang direndam semalaman itu.

 

Image0211
Mula-mula kasi cuci aaa amoi..

 Image0214
Sekali 2 org meng-iron rambut beliau. Feeling princess sekejap.

 Image0215
Selepas siap di-iron. Belum trim rambut depan.

 Image0216
Tada.. Comel tak saya?

 
Image0229
Daddy kata pesen rambut saya macam org Egypt. Tapi mummy saya yang eksited terlebih. Dia pun join sekali.. :P

16 June 2010

Hasil Seni Nadhirah (lagi..)

Nama: Nadhirah
Umur :6 tahun 7 bulan @ Darjah 1

Laptop ni dah jadi hakmilik bersama. Selain digunakan untuk bermain online games, salah satu software kegemaran Nadhirah, Danial dan Danish adalah Microsoft Paint. Saya cuma ajarkan basic, serta kegunaan tools yang ada.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar.

 

amaran tong sampah

Dah belajar di sekolah mengenai kebersihan. Subjek Pendidikan Kesihatan.

 

danial batminton

Yang ni mummy tolong lakarkan. Nadhirah warnakan dan tambah beberapa aksesori lain (bunga, burung dll)
Danish kata budak botak tu macam monkey.. haha. Tangan mummy memang ‘keras"’.


kereta lumba

Ini 100% dari Nadhirah. Comel sungguh.

 

burung burung.

Juga 100% dari Nadhirah. Tapi kenapa mummy jadi burung? Paruh besar pulak tu? Sebab mummy selalu membebel kat rumah ye?? Oh.. sadis.


Enjoy.

13 June 2010

welcome home wgs!

Ahamdulillah, WGS dah selamat kembali ke tanah air setelah lebih kurang seminggu berada di negara orang.

Sepanjang ketiadaan WGS, ayahanda Pak Lah menemani saya. Seronok betul Pak Lah bila dapat berkebun di laman sekangkang kera saya. Terima kasih banyak-banyak abah, jasamu tidak akan kulupa sehingga bila-bila. Saaaayang abah!


Sedikit ole-ole dari Switzerland untuk kami..

 

IMG_1123

Coklat pelbagai perisa cap Lindt


IMG_1111

Gambar pada pembalut coklat tu adalah sangat cantik. Memang sesuai sangat le dijadikan hadiah.



IMG_1128 
Steel mug


IMG_1133
IMG_1131
Beg roda untuk Nadhirah
Ada kejadian disebalik pembelian beg ini sebenarnya. Akibat tersilap tengok tanda harga, dah bayar baru le perasan yang beg ni berharga lebih kurang RM270 (setelah di-convert ke Ringgit Malaysia). Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...hehe.  Seronok bukan kepalang anak dara tu, mimpi jadi kenyataan. Err.. mommy nak simpan je beg roda ni dalam lemari, pastu kunci.  Mommy punye henbeg pun cuma RM30 je. Ini tidak adil..

IMG_1139 
Yang merah tu untuk Pak Lah. Biar nampak muda.

Terima kasih daun keladi WGS atas ole-ole ini. Lain kali beli le lagi.. kitorang sokaaaa. 


IMG_1153
Swiss Army Knife
(hadiah WGS untuk diri sendiri)

image
Antara tools yang terdapat disitu
pic from here




Dibawah adalah pemandangan sekitar Zurich. Sori takde caption, tak reti nak tulis apa. Biar tuan punya badan yang terangkan, mungkin di blog beliau. ;)


IMG_1056 
IMG_1065

Tempat conference berlangsung


IMG_0916
IMG_0954 
IMG_0960
IMG_0978 


IMG_1070 
Enjin kapal terbang. Bughok beno…



IMG_1013 
Amboi..amboi..amboi!
(Sila zoom untuk lebih paham. )


IMG_0922
Berjalan disekitar taman


IMG_0921 
Agak pelik design pokok ni


IMG_0928
IMG_0930

IMG_0926
Serampang dua mata… Ada awek sedang sunbathing disebalik pokok tu yer.. Notti aaa!

IMG_0940
Wahh!! Ni lagi clear..

IMG_0941
dan lagi…

IMG_0959 
Pakcik yang toless sedang berdating di tengah tasik

Ada satu lagi gambar, aksi seorang awek topless. Tapi.. tak bole la letak sini. Kena banned pulak blog aku nanti. Korang nak tengok ke? Nak ke? Ke taknak..

Syukur semuanya berjalan lancar. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah ketika ketiadaan beliau. Mujur Pak Lah menemani. Lenkali nak outstation, angkut la kitorang semua sekali. Baru happening. Dok sana 2-3 tahun ke… ohh, indahnya. Okla, nak sambung berangan jap.

Sekian.

12 June 2010

Baghdad Kafe @ BSP

 

IMG_9105  IMG_9064
Dekat dengan rumah.
Sesuai meraikan tetamu disini jika malas memasak gas didapur sudah kehabisan.
Sediakan $$$ aje banyak-banyak.


IMG_9092 IMG_9066
Non-alchoholic drink-Bavaria 


 IMG_9100 IMG_9101
Secial Bread (Chicken Kebab) kalau tak silap la..


IMG_9097 
Special Baghdad Rice (Ada nasi di dalam roti itu) beserta kuah kari+dal yang cair.
Agaknya mmg stail timur tengah macam tu kot.


IMG_9102 
Tu dia, nasi dalam roti.. rasa macam nasi beriani.
Sedap, tak muak. Lauk di tengah nasi itu boleh pilih samada daging/ayam.


Ikut selera anak tekak aku, masih boleh terima. Sekali-sekala ok le.
Selalu-selalu?? Tak le kot. Tak banyak pilihan, terutama bab minuman.

Sape nak try, roger la. Nanti aku bawakkan korang ke tempat ni.