Pages

28 June 2010

Pilunya…

 

image

 pic from here

Hari ni masuk hari ke-5 Nadhirah demam. Mula sejak hari Khamis minggu lepas.

Mula-mula dia kata sakit gusi (gigi geraham baru keluar), tak lama tu sakit tekak pulak (toncil). Pergi klinik biasa, doc prescribe antibiotik amoxy.

Tak puas hati, bawak pulak jumpa doktor gigi. Konfem, gusi bengkak sbb geraham kekal nak keluar. Keadaan bertambah buruk bila ada ulcer pulak kat pipi and lidah. Doktor kata bila badan panas, mmg senang dapat ulcer. Doktor cuma bagi ubat sape je utk ulcer.

Pagi tadi bawak jumpe doktor gigi yang lain. Bukan sebab tak percaya pada doktor pertama, just nak make sure tidak ada jangkitan pada gusi yang bengkak tu. Kerana dah hari ke-5 Nadhirah masih demam, antibiotik pun dah habis sebotol.

Doktor gigi ke-2 nasihat untuk buat ujian darah. Dikhuatiri denggi, sebab wabak denggi masih berleluasa di BSP. Huiii.. nauzubillah.

Tapi doktor kata gusi yang bengkak tu ok, takde jangkitan. Cuma tunggu aje la geraham tu keluar sepenuhnya. And kena minum air kosong banyak2.

Makan pun tak tentu 3-4 hari ni. Bubur pun dia tak lalu makan. Minum susu sikit-sikit je. Terpaksa pujuk macam2 bile nak suruh makan. Itu tak termasuk part nak makan ubat. Boleh histeria sekejap mak dia… .

Habis part Nadhirah.

Danish pulak sejak 2 hari lepas kena lelah. Danish ni kalah dengan cuaca sejuk. Hari tu hujan 2-3 hari, terus dapat serangan. Tiba2 batuk berkahak, and lelah pun datang. Nasib baik le neb machine memang ada kat rumah. And ubat dia pun senang nak dapat. Cume kena neb secara konsisten (setiap 4 jam).

Daddy pun tak sihat jugak. Dah 2 hari jalan terhencot-hencot macam House MD. (Wah.. contoh taknak kalah. hehe.. ). Terseliuh agaknya kaki tu.

Dugaan..dugaan. Mujur le mommy dah duduk rumah sekarang. Tak payah pikir nak EL ke, Cuti ke, MC ke.

Susah hati tengok orang tersayang sakit. Kalaulah sakit tu boleh transfer kat mommy, mommy rela. Harap Daddy, Nadhirah dan Danish cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Pembaca pun doakan lah yer. Terima kasih.

5 comments:

KaMi said...

ada petua kata, ulser kat mulut tue sapu ngan majerin and aku pernah cuba kalau ada ulser kumur2 ngan listerine....
mustajab... cepat sembuh..

semoga cepat sembuh semuanya

Sue said...

aku soh kumur ngan air garam pun dia taknak, nak pakai listerine? kem salam la. part sapu ngan marjerin tu, ada gak buat. tapi bergilir dengan ubat klinik. thanx.

Hasbuna said...

Cam biasa mummies are always the strongest...yg last kena sakit.
Anyway, to Nadhirah...rajin2 makan, both food & ubat. Nabilah kat sini dah lonely gile......

Emie said...

sian nya Nadhirah..moga cepat sembuh ye..Adawiyah pun br jek baik demam + selsema + batuk..shila, ko mmg dh jd fulltime hse wife eh??seronoknya..aku ni bila lah..

Sue said...

Kak Hasbuna: Yup, betul tu. Kadangkala terselamat dari jangkitan. Tak boleh bayangkan jika mummies yang sakit. Tonggang terbalik le rumah ni..

Emie: Agaknya keadaan cuaca sekarang ni yang menyebabkan ramai tak sihat. Aku dah selamat jadi Manager Rumah Tangga Sepenuh Masa. Jawatan tetap dan berpencen. hehehe.