Pages

23 June 2010

Toy Story 3

imagepic from here 

17 Jun @ Khamis minggu lepas, bawak anak-anak tengok movie Toy Story 3 @ Alamanda. Show pukul 8.00pm. Nasib baik dah beli ticket online. Tak perlu nak beratur. Eh, tapi kena beratur gak sebab nak beli pop-corn. Kalaulah boleh bawak pop-corn sendiri bikin, jimat duit poket WGS.

Jalan cerita yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Kita yang dewasa pun enjoy. Ada part yang sedih, hampir-hampir tewas jugak aku.. sib baik le gelap. Kalo tak kantoi la nampak airmata bergenang…ehehe.

Andy (pemilik toys itu) dah besar, nak sambung belajar kat kolej. So semua toys Andy risau, ape nasib mereka selepas Andy ke kolej nanti. Atas kesilapan teknikal, kesemua toys tersebut dihantar ke daycare @ taska. Di sana mereka memperolehi pengalaman dan kawan-kawan baru. Perlbagai kisah suka duka berlaku disitu.. Takleh citer lebih, nak tahu lebih lanjut sila terjah pawagam berhampiran.

Aku rekemen korang pergi tengok citer ni. Terutama kepada peminat animasi. Tun Badoots, dah tgk lom?? Norm?? Kak Jay, try le tgk.. hilang sket stress kerja tu. Mak Et, cepat ajak Kojek beli tiket. Nanti bole prektis buat kek Woody. Chesue, ko pun kene g tengok. Terimbas kenangan lampau.. sewaktu kita di Selayang. Oh, rindunya.

Nadhirah sangat behave sewaktu menonton. Danial, ok jugak.. tapi lebih terpengaruh dengan Danish yang asyik berlari ke hulu ke hilir dalam panggung yg gelap itu. Sekali sekala boleh la bawak diorang menonton, kalo selalu sgt nanti dua orang hero aku tu buat panggung wayang macam rumah sendiri.

Sekian.

4 comments:

k.long mami-sue said...

Aku nak tengookkk....!!!!Tp 3D punyala.. :-)

Sue said...

jeles..jeles. aku tak dpt le lagi nak tgk 3d. jauh sangat. lagipun tiketnya pun bole tahan mahal. kalo 3d glasses tu pecah, satu hal pulak.

k.long mami-sue said...

kalau nk tngok 3D,jom kita plan tinggalkn budak2 kat selayang,bapak2 tolong baby sitter,kita mak2 p tngok wayang 3D kat OU..Sekali sekala takkan tk boleh kan??

Sue said...

oh, kalo part tu aku kena buat proposal at least 3 bulan lebih awal. hehehe. tapi macam tak konpiden je boleh dpt. kalo la diluluskan, humangaih... sonok gila.