Pages

17 September 2015

Brunch di Hari Malaysia 2015

Bismillah...

Hari cuti memang dapor tak berasap kebiasaannya. Jalan2 cari makan. Kali ni kita ke Restoran Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. Masakan cina muslim pulak kita try.

Dari rumah memang perut kosong. Masing2 bangun lambat. Mak bangun awal, tapi bersihkan sangkar meow dulu. Lepas tu bagi makan. Selagi tak dapat makan, memekak aje. Panjat sana sini, nak protes la tu. Makanan kering taknak makan. Nak yg sedap aje, makanan dlm tin brand Fussie Cat.. . Huh, jentik jo telinga tu baru tahu.

Bergerak la kami menuju ke Bandar Baru Bangi. Jom tengok gambo.




Ketam masak kam heong. Sesuai untuk budak2. Rasa masin manis kicap dan sedikit berempah.




Blackpepper beef. Not bad, daging lembut, secukup rasa.




Seafood tomyam. Banyak sayur dari seafood. Agak pelik ade kobis dalam Tomyam. Rasa sup tomyam tu sedap jugak, cuma nila kita dah biasa makan tomyam kat kedai Siam, lain sikit la rasa kat sini.




4 season vege. Ade kacang panjang, bendi dan terung. Sedap, sayur masih rangup. Dimasak dengan rencah udang kering..






Ini rupa kedainya. Gambar hasil carian di gugel.




Buttered prawn. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Sodap je

Tiada dlm gambar, siakap 3 rasa.

Alhamdulillah, kenyang. Untuk kesemua hidangan termasuk air, RM208. Mahal ke murah? Ok la kot, sebab portion dia besar2.

Balik makan, ade orang belanja jam baru. Hehe. Kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.



Terima kasih ya. Semoga abg dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan berjaya dunia akhirat. I love you to the moon and pluto. Gitu..

11 September 2015

Fuhh.. Nasib baik!





Ha.. Begitu ceritanya. Senang kata, Ujian kelayakan SMKA tu penting juga sebenarnya.

Lega sangat bila Nadhirah setuju ambil ujian ni. Walaupun terpaksa modalkan seekor Pony.

Tadi lepas exam, tanya dia macamana. Dia kata senang je Mummy. Cikgu bagi 2 jam untuk jawab, tapi sebenarnya tak sampai 2 jam kakak dah habis jawab. Senang pulak tu.

See??? Semalam yang cakap susah sangat kenapa? Nasib baik la Allah bagi idea belanja Ponny kat Mummy. Kalau tak dah perang dingin dah kita ni... Haha

10 September 2015

Umpan mengena

Merdeka, merdeka, merdeka. Tamatlah sudah UPSR 2015 secara rasminya hari ini. Masing2 senyum lebar sampai ke telinga baik anak mahupun emak.

Huii stress nya lah.. Anak yg nak periksa, mak yang tak boleh tido. Pengalaman pertama kan, InsyaAllah waktu Danial dan Danish nanti dah ok sikit. Itupun kalau ada lagi UPSR la.

Besok ada ujian kelayakan ke SMKA. Nadhirah awal2 dah bagi nama kat cikgu untuk ambik ujian ni. Tup2 tadi masuk kereta je, dia kata nak tarik diri. Aikkk?

Dia kata ujian tu susah, lebih kurang macam PSRA tapi dibuat dalam tempoh yg singkat, 2 jam aje. Cikgu dah cerita lebih kurang macam mana bentuk soalan dia. Dah dengar macam tu terus tak jadi nak ambik exam tu. Hilang semangat dia. Entah apa yg cikgu cerita lagi, tak tahu la.

Puas memujuk.

"Pergilah kakak, sekejap je ujian tu. Habis ujian, balik. Please.."

"kakak buat je yg termampu."

"mana tahu soalan ujian besok keluar masa PSRA nanti? Kan bagus tu... "

Semua tak jalan ko. Dia tetap taknak. Merajuk, makan eksrim kat tepi rumah ditemani kucing. Hadoila..

TING!! Mummy ada idea.. Hehe.



Ko tengok. Nak suruh ambik exam siap kena upah. Hebat betul. Ni 1st time mummy buat tawaran gila macam ni. Kenangkan dia baru habis UPSR dan taknak dia stress dan aku pun taknak stress lagi. Kasik can laaa.

Dah nak masuk 12 tahun tapi masih berminat My Little Pony. Kadang2 menyampah jugak. Tapi bila di pikir kan balik, bagus la dia masih minat toys macam ni. Daripada minat ke arah 'lain'.. Lagi mak seram.

Begitula kisahnya.

Grand Finale

Alhamdulillah, diberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik, buat diri sendiri dan juga Nadhirah.

Syukur sangat2 Nadhirah sihat walafiat. 2 minggu sebelum exam dia batuk selsema mungkin punca dari jerebu. Just nice sebelum exam semua penyakit tu pergi. Terima kasih Ya Allah.. :)

Now masih di surau. Bacaan Yaasin untuk hari ke 3. Walaupun tak boleh baca sama2, dapat dengar pun jadila. Dan paling best dapat aminkan bersna doa yg YDP PIBG bacakan. Menusuk ke sanubari. Moga2 doa kami ibubapa dan guru2 diperkenankan Allah yang Maha Mendengar.

Hari ni paper Sains dan English. Semoga anak2 semua dapat menjawab dengan tenang dan tepat. Permudahkan merek untuk menjawab ya Allah. Berikan ilham buat merek Ya Allah. Amin..






09 September 2015

Usaha

Assalamualaikum.  Bersiaran langsung dari surau SKBSP.  Sepanjang berlangsungnya UPSR,  Diadakan bacaan yaasin setiap pagi oleh ibu bapa dan guru2. Satu usaha murni yang patut dipuji dan diteruskan di masa akan datang.

Calon telah mula menjawab sekarang ni, dan habis 9.15am nanti.  Mudah2an dengan berkat keberkatan yaasin ini,  anak2  kami diterangkan hati mereka,  diberikan ilham untuk menjawab soalan dengan betul dan diberikan masa yg mencukupi untuk menjawab kesemua soalan. Amin ya rabbal alamin.

08 September 2015

1st day

Alhamdulillah,  selesai sudah hari pertama UPSR. Kertas BM 1 (Pemahaman),  BM 2 (Penulisan)  dan Matematik 2 dah selamat dijawab. 

Usah dikenang perkara yg lalu,  ayuh fokus untuk hari esok. Hehe

Besok Matematik 1. 40 soalan objektif perlu dijawab dalam masa 1 jam.  Ini memang cabaran buat Nadhirah. Selalu kesuntukkan masa utk jawab semua soalan.

Mudah2 an besok kakak boleh jawab dengan pantas dan tenang. Jangan lupa istighfar,  selawat dan al-fatihah.  Semoga kejayaan menjadi milik kakak. 

Tahun ni ada 370 calon upsr.  Tak muat utk tempatkan semua di dalam dewan. Sebahagian murid ditempatkan di dalam 5 buah kelas. Nadhirah dpt duduk kat kelas.  Suka je dia.  Dia kata if duduk kat kelas,  relax sikit..  Kalau dalam dewan nanti nervous.  Hmm,  betul jugak kan. 

Hari ni jerebu agak teruk.  Bacaan ipu 134, paling tinggi setakat ini.  Alhamdulillah tengahari tadi tadi hujan turun agak lebat,  kurangla sikit kesan jerebu.

Tapi kesian pulak kat calon upsr,  kena hujan. Harap2 semua sihat walafiat,  takde yg demam.  Ok,  jumpa lagi besok.  Wassalam.

Nadhirah with her bff,  Ezza &  Bella. 

07 September 2015

Big day

Bismillahirrahmanirrahim....

Lamanya tak menulis. Selalu bukak blog ni sebab nak melawat blog orang yang aku suka baca.  Blog sendiri terabai.  Huhu.  Sadis.

Besok bermula lah hari yang dinantikan.  UPSR 2015 akan berlangsung selama 3 hari mulai 8-10 Sept.  2015.

Gementar,  takut,  teruja,  seronok,  sedih semuanya ada bercampur baur. Rasa macam baru semalam je lahirkan dia,  tup2 besok dah nak ambik UPSR.  Lepas tu masuk Form 1. Nanti tiba2 je dah SPM.   Begitu pantas masa berlalu.

Kakak,  walaupun kita selalu tak sebulu,  kakak tetap kesayangan Mom macam adik dan abang jugak. Hehe..  Mom doakan kakak diberi kesihatan yang baik,  dilapangkan dada,  dan dapat menjawab exam dengan tenang. 

Ingat, kecemerlangan akademik haruslah juga seiring dengan kecemerlangan sahsiah dan peribadi.  Semoga kakak menjadi contoh dan ikutan adik2.

Eh tak pandai lah nak bagi ucapan panjang berjela.  Cukup sampai sini dulu.  Jumpa lagi nanti.  Wassalam.