Pages

17 September 2015

Brunch di Hari Malaysia 2015

Bismillah...

Hari cuti memang dapor tak berasap kebiasaannya. Jalan2 cari makan. Kali ni kita ke Restoran Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. Masakan cina muslim pulak kita try.

Dari rumah memang perut kosong. Masing2 bangun lambat. Mak bangun awal, tapi bersihkan sangkar meow dulu. Lepas tu bagi makan. Selagi tak dapat makan, memekak aje. Panjat sana sini, nak protes la tu. Makanan kering taknak makan. Nak yg sedap aje, makanan dlm tin brand Fussie Cat.. . Huh, jentik jo telinga tu baru tahu.

Bergerak la kami menuju ke Bandar Baru Bangi. Jom tengok gambo.




Ketam masak kam heong. Sesuai untuk budak2. Rasa masin manis kicap dan sedikit berempah.




Blackpepper beef. Not bad, daging lembut, secukup rasa.




Seafood tomyam. Banyak sayur dari seafood. Agak pelik ade kobis dalam Tomyam. Rasa sup tomyam tu sedap jugak, cuma nila kita dah biasa makan tomyam kat kedai Siam, lain sikit la rasa kat sini.




4 season vege. Ade kacang panjang, bendi dan terung. Sedap, sayur masih rangup. Dimasak dengan rencah udang kering..






Ini rupa kedainya. Gambar hasil carian di gugel.




Buttered prawn. Tidak perlu diperkenalkan lagi. Sodap je

Tiada dlm gambar, siakap 3 rasa.

Alhamdulillah, kenyang. Untuk kesemua hidangan termasuk air, RM208. Mahal ke murah? Ok la kot, sebab portion dia besar2.

Balik makan, ade orang belanja jam baru. Hehe. Kecik tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.



Terima kasih ya. Semoga abg dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan berjaya dunia akhirat. I love you to the moon and pluto. Gitu..

11 September 2015

Fuhh.. Nasib baik!





Ha.. Begitu ceritanya. Senang kata, Ujian kelayakan SMKA tu penting juga sebenarnya.

Lega sangat bila Nadhirah setuju ambil ujian ni. Walaupun terpaksa modalkan seekor Pony.

Tadi lepas exam, tanya dia macamana. Dia kata senang je Mummy. Cikgu bagi 2 jam untuk jawab, tapi sebenarnya tak sampai 2 jam kakak dah habis jawab. Senang pulak tu.

See??? Semalam yang cakap susah sangat kenapa? Nasib baik la Allah bagi idea belanja Ponny kat Mummy. Kalau tak dah perang dingin dah kita ni... Haha