Pages

04 June 2010

Jom racing…!

IMG_0722

View dah cantik, tiba-tiba ada pulak kain pelekat bersidai kat belakang. POtong betull.

 IMG_0720“Jangan tanya kenapa basikal saya warna pink. Warna apapun saya tak kisah, asal boleh merempit.” Danish.

 

Asalnya Daddy cuma belikan basikal untuk Nadhirah. Masa tu budak berdua kat atas tu ikut Mummy balik Selayang. Sampai-sampai je kat rumah, Danial punyelah tak puas hati. “Kenapa tak beli untuk Abang jugak?” Saolan tu yang ditanya berulang kali. Celik je mata pagi-pagi dah mintak Daddy belikan basikal.

 

Untuk tidak menghampakan, terpaksa jugakla Daddy membelikan Danial dan Danish sebuah basikal. Punyalah seronok, sehinggakan 3 hari berturut-turut Danial tidak ke tadika. Sakan sangat main basikal kat porch malam-malam, waktu nak kejut pagi-pagi suruh pergi sekolah liat betul.. “Cuti aje la bang oiii.. dah pukul 9am ko tak bangun-bangun.”

 

Bila dah ada basikal, asyikla meninjau kat mana ada kawasan lapang untuk budak bertiga ni berbasikal dengan selamat. Diorang tak dibenarkan berbasikal di jalan raya depan rumah, sbb jalan tu menuruni bukit. Danish masih tak pandai menggunakan brake, dikhuatiri akan terus ke-longkang. :P

 

Kitorang main kat sini:

Image0140

Kawasan lapang milik pemaju untuk penduduk BSP melakukan aktiviti bebas mereka.

 

 Image0111 

Posing tetap gempak walau atas basikal

 

 Image0113

Budak ni lagi le.. basikal tak bergerak, yo-yo-o je posing merempit

 

 

Image0112

Jangan pandang rendah kat budak kecik ni. Dia la yang berbasikal paling laju, kalah Danial & Nadhirah. Laju sebab tak pandai guna brake. Menyeruntul je… (betul ke? hehe)

Image0138

Daddy sedang membuat pemeriksaan keselamatan. Peniaga tu pasang skru tak kuat. Hampeh betul. Kalo anak aku tertonggeng, sape yg susah? Hakakkk jugak.

 

Image0133

Diorang berdua pun nak jadi pomen gak.

Sibuk aje.

 

Image0134

Ish, serius nampak diorang ni.

Jangan tertanggal tayar tu sudah.

 

Image0129 Image0125

“Ala.. kitorang gurau-gurau je la mummy!!”

“Banyak le korang punye gurau. Korang berdua ni takleh percaya, kang ada je aktiviti ‘terlarang’ yang korang buat. “

 

Image0145

“Orait, ai-ai BOSS!”

Tahu takut.., now bile diorang nakal je aku ugut nak bagi basikal tu kat sepupu diorang kat kampung. Terus behave.. wakakaka.

Tapi setakat ni takder pulak diorang sampai selimutkan basikal bile nak tido. Hehehe.. sape la agaknya yang pernah selimutkan basikal ehh??

 

Dihari yang lain, cari port lain pulak. Kali ni kat dalam KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor). Ada port baekk punya. Berdekatan tasik, angin sepoi-sepoi bahasa. Err, juga bersebelahan dengan tanah perkuburan. Baek punye peringatan… huhu

IMG_0735 IMG_0736 IMG_0737

Semua gambar ni dirakam ketika diorang sedang lajuuu merempit. Eksen betul, mentang2 jalan rata. Danial yang paling byk jatuh, sbb laju sangat ketika mengambil selekoh. Basikal tu masih ada tayar sokongan, sbb tu takleh nak kornar baring. Jom Daddy bukak tayar kecik tu! Boleh ngepeng cecah lutut woo..

 

IMG_0749

Danial pelik, apesal nak kena bukak tayar kecik tu. Daddy keep on pujuk dia, suruh belajar kayuh tanpa tayar kecik. Rupanya Danial tak pandai lagi nak balance badan dia.. Menangis-nangis suruh daddy pasang balik tayar kecik tu. Camana nak jadi pelumba F1 bang, bawak basikal pun takut…

 

IMG_0758

Muka bengang Danial sbb Mummy ketawakan dia. Terpaksa le pasang semula tayar kecik tu.

 

Secara keceluruhannya, aku rasa bagus jugak ada basikal ni. Ada le aktiviti khusus diorang bile kat luar rumah. Kalau tak sebelum ni, asal keluar umah je, mesti menuju ke kolam. Dah Banyak ikan koi yang mati kena belasah dengan Danial & Danish.

 

Da…. panjang berjela pulak entry ni.

Bye!

2 comments:

HazlisaNoor said...

anak2 akak lagi kesian..tiga2 ada basikal tapi nak main kat mana kalau rumah aprtment macam tu..terpaksa weekend bawak ke taman la..

Sue said...

main kat rumah baru ler.. hehe. bile nak pindah? kenduri nanti jemput tau.