Ahamdulillah, WGS dah selamat kembali ke tanah air setelah lebih kurang seminggu berada di negara orang.
Sepanjang ketiadaan WGS, ayahanda Pak Lah menemani saya. Seronok betul Pak Lah bila dapat berkebun di laman sekangkang kera saya. Terima kasih banyak-banyak abah, jasamu tidak akan kulupa sehingga bila-bila. Saaaayang abah!
Sedikit ole-ole dari Switzerland untuk kami..
Coklat pelbagai perisa cap Lindt
Gambar pada pembalut coklat tu adalah sangat cantik. Memang sesuai sangat le dijadikan hadiah.
Steel mug
Beg roda untuk Nadhirah
Ada kejadian disebalik pembelian beg ini sebenarnya. Akibat tersilap tengok tanda harga, dah bayar baru le perasan yang beg ni berharga lebih kurang RM270 (setelah di-convert ke Ringgit Malaysia). Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...hehe. Seronok bukan kepalang anak dara tu, mimpi jadi kenyataan. Err.. mommy nak simpan je beg roda ni dalam lemari, pastu kunci. Mommy punye henbeg pun cuma RM30 je. Ini tidak adil..
Yang merah tu untuk Pak Lah. Biar nampak muda.
Terima kasih daun keladi WGS atas ole-ole ini. Lain kali beli le lagi.. kitorang sokaaaa.
Swiss Army Knife
(hadiah WGS untuk diri sendiri)
Antara tools yang terdapat disitu
pic from here
Dibawah adalah pemandangan sekitar Zurich. Sori takde caption, tak reti nak tulis apa. Biar tuan punya badan yang terangkan, mungkin di blog beliau. ;)
Tempat conference berlangsung
Enjin kapal terbang. Bughok beno…
Amboi..amboi..amboi!
(Sila zoom untuk lebih paham. )
Berjalan disekitar taman
Agak pelik design pokok ni
Serampang dua mata… Ada awek sedang sunbathing disebalik pokok tu yer.. Notti aaa!
Wahh!! Ni lagi clear..
dan lagi…
Pakcik yang toless sedang berdating di tengah tasik
Ada satu lagi gambar, aksi seorang awek topless. Tapi.. tak bole la letak sini. Kena banned pulak blog aku nanti. Korang nak tengok ke? Nak ke? Ke taknak..
Syukur semuanya berjalan lancar. Saya juga tidak mengalami sebarang masalah ketika ketiadaan beliau. Mujur Pak Lah menemani. Lenkali nak outstation, angkut la kitorang semua sekali. Baru happening. Dok sana 2-3 tahun ke… ohh, indahnya. Okla, nak sambung berangan jap.
Sekian.
5 comments:
wah best nyer... nak join skali la kak....
jom la, kita buat rombongan cik kiah keluar negara. suruh pak din drive.. ok. hehe
mati idup balik pon tak sampai la makLong ke Zurich... hu hu hu... mimpi ajelah...
lek la maklong, mana tahu dapat duit terpijak sejota. kita ramai2 pergi ye.
Kita semua kan percaya pada Qada' dan Qadar. Semuanya telah ditentukan.
Kita tidak tahu masa depan. Mungkin juga makLong akan tinggal di Rusia dimasa depan??? siapa tahu.
Post a Comment