Pages

05 March 2009

Oh.. Tidak!!!!


Gangguan bekalan air di Hulu Langat, Sepang.

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat mulai esok hingga 11 Mac. Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) di sini hari ini, antara kawasan di Sepang yang terlibat ialah Pekan Dengkil, Taman Baru Dengkil, Taman Mesra, Taman Delima, Kampung Semarang, Kampung Lalang dan sekitarnya.

Di Hulu Langat pula ialah Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1-6 Jalan Bangi Semenyih, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Sungai Jai, PKNS Beranang dan kawasan sekitarnya.
Gangguan itu disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan meter keseimbangan air dan pengalihan paip.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my.

--------------------------------------------------

Aku baru je call SYABAS. Untuk Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota, gangguan akan berlaku pada 10 Mac 2009 (Selasa) bermula 5.00 petang dan tamat pada 11 Mac 2009 (Rabu) jam 11.00 pagi.

Kepada kawasan lain yang berhampiran, sila telefon dan bertanya sendiri ke SYABAS. Sebab aku tak jumpa info pasal gangguan air kat website Syabas...pening mak!

Nampak gaya takleh nak siram pokok la hari Selasa nanti. Harap2 hujan turun mencurah... Amin.

No comments: