Pages

19 March 2009

2010

Tahun depan Nadhirah dah masuk darjah 1 beb.. huhu. Aku yang gabra. Ok ke tak anak aku kat sekolah ni.. Dengan macam² kes buli sekarang ni... eii, mintak dijauhkan Allah.

Alhamdulillah, Sekolah Rendah kat taman perumahan kami akan dibuka tak lama lagi. Dengar cerita bulan Mei ni sekolah tu akan beroperasi. Isnin lepas, sementara aku cuti sempatlah gi daftar Nadhirah untuk darjah 1 2010.

Walaubagaimanapun sekolah tu sebenarnya belum 100% siap. Bangunan tu dah le, cuma padang pun aku tak nampak lagi. Pagar pun tak pasang lagi. Jom tgk gambar:


Notis pemberitahuan pendaftaran darjah 1 ditampal pada tingkap post guard. Kalo tak perati betul² memang tak perasan!


Kontraktor sedang bertungkus lumus menyudahkan kerja² akhir


Nak kata dewan, kecik sangat! Kantin agaknya..


Yang ni confirm la bus-stop. Bukan tandas yer...

Korang rasa sempatke siap bulan Mei nih??? Macam tak lojik ajer.......hmm...

2 comments:

mak long said...

Alahhhhh.... kate Nadirah nak skola kat kampong ngan kakak kerinting.... Tak jadik ker.... Kan daddy nak wat banglo kat atas bukit kat dpn skola....

mami-sue said...

skola kat kampung? err...hehe. ikut nadhirah, rumah pun dia nak kat sebelah rumah kakak kerinting. camno mummy nak keje?? huhuhu