18 June 2009
Saper suruh notty.. kan dah kena!
Danial sekarang ni semakin bijak. Semakin pandai provoke orang. Terutama kakak dia, Nadhirah. Kalo Kakak kena marah ngan Mummy, dia akan kata "Ha..Ha.. Kakak kena marah dengan Mummy. Padan muka kakak!" .. sabar aje la. Si kakak kalo hilang sabar, akan menanges kerana tension diejek oleh Danial.
Kejadian di atas berlaku sekitar 2 minggu yg lalu (kalo tak silap la..). Danial suka sangat menyakat Danish. Apa yang Danish main sumer dia rampas. Rampasan kuasa betul malam tu. Sakit terlinga kitorang dok dengar Danish menangis.. Danish dah pandai mengadu pulak tu. "Abang buat.. uwaaa!" So, tidak syak lagi la kan.. Suspect sudah dikenalpasti.
Tak semena-mena Daddy dpt idea. Amik belt, ikat kat b*nt*t dia mcm atas tu. Takleh gerak, nak bangun pun takleh..hahaha. Mula² Danial tak nangis pun, tapi bila Mummy ketawakan dia.. plus ambik gambar.. Nanges akhirnya. Dok cakap "jangan la amik gambar... jangan la.. uwaaa" hehehe..
Jangan risau, tak lama pun kejadian tu. Sbb bila Danial bergerak2, belt tu pun longgar la. Padan muka Abg Danial.. :P
**Ini bukan hukuman atau penderaan yer. Saje nak sakat Danial. Kalau di marah pun, tak makan saman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment