Pages

15 June 2009

Tutorial Mail Merge

Dulu, bila nak cetak sijil je..Perlukan 2 orang. Si A akan standby berdiri sebelah printer. Si B pulak kat PC, utk type nama dan no IC peserta. Mula² Si A akan masukkan selai sijil, pastu Si B tekan print. Proses yg sama sehingga habis kesemua sijil di print.. one by one. Penat oh berdiri. (Si A=aku...hahaha. Bosan siot)

Kini tidak lagi. Sbb aku dah tau cara camana nak kasi senang print sijil.. nama dan no ic jer bertukar. Tapi tajuk kursus tetap menten.. hins..hinss. Korang nak tau ke? (Hanya org INFRA yang memahami.. biasala, tiap kali kursus kena print sijil..kan? kan? kan? hehe.. jom kita belajar sesama...

1. Mula² sediakan data peserta dalam MS Excel dan save kan. Contoh cam kat bawah ni:


2. Lepas tu buka Ms Word > New Document. Klik pada Mailing> Select Recipients > Use Existing List



3. Window macam kat bawah akan keluar. Sila cari balik fail Excel yg korang mula² create tadi. Dah dapat, klik Open.



4. Windows mcm kat bawah ni akan kuar. Klik je OK. (Sheet tu adalah menunjukkan sheet mana yg ada data.. dlm excel. Mcm aku, sheet1. Tu pasal tekan OK je terus.)



5. Pastu, klik kat Insert Merge Field. Akan keluar macam kat bawah. Senarai field yg ada. (daripada ms Excel). Aku klik pada Nama, dan No IC.



6. Dlm document word korang akan keluar nama field shj. Contoh <> <> Pastu korang adjustla alignment document korang supaya match dgn sijil nanti. Kat bawah tu pulak, typekan nama kursus yang berkenaan. Atau apa² maklumat lain..



7. Bila dah siap setting, boleh lah preview. Klik pada Priview Result. Pastu klik butang next/previous.. utk tgk semua nama.



8. Bila dah puas hati, boleh la print. Klik pada Finish & Merge >Print Document.



9. Boleh try print satu dulu, kalo takut nak print byk terus.. Guna Current Record atau From what to What.

Selamat mencuba.


*Entry ini juga merupakan nota saya. Takut terlupa.. maklumla. Bukan hari² kita print sijil..


4 comments:

NuryaMohd said...

ALHAMDULILLAH...nasib baiklah, ade jugak yang baik hati untuk posting maklumat camni. saya dah rasa nak nagis kena taip sijil 100 orang setiap minggu, tu tak masuk yang tersilap lagi tu.. terima kasih banyak2 yer...

Sue said...

:)

selamatpagicikguq said...

fuh.. puas jugak mencari tutorial nie kat internet... akhirnya jumpa jugak aku.. tima kasih bebanyak...

Sue said...

Sama-sama... :)