Pages

03 June 2009

Abah saya sangat pandai memasak

Ahad lepas berkesempatan menjenguk Abah kat Selayang. Rindu betul, lama rasanya tak jumpa Abah. Dan lama juga tak rasa masakan dari air tangan Abah..hehe. Abah mmg pandai masak.. sejak mak 'pergi' bakat memasak abah semakin terserlah.. agaknya dulu abah diam² dok perati cara mak masak. Rasanya saling tak tumpah macam masakan mak.. Ish, rindu la kat Mak... al-fatihah....sob! sob! srroot...

Aku pun apalagi, buat muka welfare.. mintak Abah masakkan Ikan Baung yg beli kat Perak hari tu. Siap mintak masak lemak cili api.. huhu. Aku suggest letak belimbing buloh, tapi abah pulak nak letak mangga muda since banyak mangga muda bergayutan kat pokok belakang rumah.. Yessza!!! Kecik tapak tangan, stadium selayang aku tadahkan.. wallah! Feveret aku sangat la benda yang masam² macam tu...

Dan, abah juga parut kelapa sendiri. Kelapa tu pulak dari pokok yg abah tanam sendiri. Hmm, sangat berusaha abah-ku ini untuk memenuhi tembolok selera anaknya nan seorang ini... i lap u abah..

Bahan²: Kunyit idop, cili api, santan, mangga muda, garam secukup rasa..


Gaul kan semua bahan sehingga sebati ye anak²..
Abah jadi model tak berbayar hari tu..hehe


Ini selepas dikacau mesra...


"Pastu, jerang atas api yang perlahan. Masak lemak ni kena sabar, kalo tak jadi tahi minyak" kata Abah lagi...


Sudah sedia dihidang...


Close-up sket.. nampak tak kepala baung? My fav part..
Sodap!! Sehingga menjilat jari...
Lapo la pulak..


*Banyak untungnya jika bercucuk tanam kat rumah. Nak jer, petik kat pokok.. fresh dan dijamin tidak menggunakan bahan kimia..

No comments: