*Update: Rupa-rupanya ramai yang tidak percaya saya membuat pop-corn ini sendiri. Ada yang ingat saya cilok gambar2 di bawah ini dari internet..hehe. Maka dengan ini saya ingin membuat pengakuan, bahawa memang saya masak sendiri pop-corn tu. Silalah percaya.. :P Lepas ni saya akan masukkan gambar ratu pop-corn saya iaitu Nadhirah sebagai bukti..hehehe
Mula-mula harus ada jagung kering, bahan utama.
Panaskan lebih kurang 4 sudu minyak masak sebarang jenama dan juga satu sudu besar marjerin/mentega juga sebarang jenama.. :)
Bila mentega/marjerin dah cair kesemuanya masukkan jagung kering
Kemudian sila pasangkan penutup periuk anda, supaya budak pop-corn itu tidak sesuka hati melompat keluar periuk
See.. jagung kering tadi telah transform dirinya kepada sebutir pop-corn yang enak. Masa jagung tu pecah memang bunyi POP!! Sumpah tak tipu.. patutla namanya pun Pop-Corn. Jagung meletop.
Bila sumer budak2 jagung tadi sudah habis melompat, maka sudah siaplah pop-corn anda. Tapi lebih enak jika disaluti caramel.. jom buat karamel pulak.
Di bekas lain, masukkan lebih kurang 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar butter. Panaskan di atas api sederhana agar gula tidak hangus.
Perlahan-lahan gula tadi akan mencair. Perlu diingat, tidak perlu letak air untuk membuat karamel. Jika tidak pop-corn anda nanti akan lemau dan liat.
Ini la rupa karamel yang telah siap
Masukkan pop-corn tadi ke dalam karamel tadi dan gaul rata.
Tada!!!!!!!!!! Sedia untuk dimakan.
Seronoknya, dah berjaya membuat pop-corn sendiri. Jika dulu terpaksa membeli di GSC, saiz besar berharga RM6. Mahal tu. Padahal kos aku beli jagung kering tu tak sampai RM2 pon.. heheh.
8 comments:
baguih la sue..good info..nanti akak bleh cuba plak
cuba le kak ija.. gerenti tak menyesal. :)
shila..mana nak cari jagung kering..kedai runcit..ader ker...
Aku beli kat carefour je. Kedai runcit taktahu le ada ke tak. Jagung ayam ade la kot.. hehe.
wow! delicious sey... mesti nk cuba ni!! he he he.. mesti anak makLong suke...
go maklong! go maklong!! kalau dah berjaya boleh buat sebagai hantaran noren nanti.. kita buat pelbagai warna dan perisa.
alaa,,sye buat tpy cm xrase sgt manisnyer 2..xmcm kt Cathay 2 pon..huhu~~pait2 sikiyt..mungkin guLa da hangus kot~N,biLe gauL karameL Likat2 n tibe2 beku xdpt gauL rate~~huhuh.. ade tips x supye Lebih sedap dan manis serta dpt same rata~
Kadang2 saya buat pun pahit juga.. hehe. Bila gula mula mencair dan warna coklat, boleh masukkan popcorn dan kena kacau rata cepat2.. memang part buat karamel ni leceh sket. Better buat sikit2, kalau penuh kuali susah nak kacau... :)
Post a Comment