Pagi Isnin kitorang berdua tak kerja. Rasa badan sakit2. Tak larat nak bangun. Aku pulak sakit kepala. Maklumla, lampu otromen nak menyala.
Pagi tu ke Pej.Pos, utk amik surat berdaftar. Pastu pusing2 kat pekan (ke Bandar??) Semenyih. Rupa2nya ada pasaraya The Str*ore kat Semenyih. Baru le aku tahu. Kalau tak, baju raya budak 3 orang ni mmg aku beli kat situ aje. Semenyih pun semenyih la. Sama je product nya.. yg penting minyak jimat.
Target cuma nak beli diapers Danish yang dah kehabisan itu. Punyerlah kitorang berikrar sebelum masuk, “BELI DIAPERS AJE TAU… !!” Tapi masuk2 je En. Husband terus meluru ke supermarket, mencari nes*cafe. Lantas budak bertiga tu pulak sebok memilih jajan masing2.. Heh.. konon nak beli diapers aje?? hehehe. Gagal disitu,
Sampai je kat section mainan, Danial dah peluk mainan robot yang berharga RM29.90. Danish pulak ambik set itik dan anak2nya, harga rasanya tak sampai RM10.00. Nadhirah dah pegang google Winnie The Pooh harga RM11.90. Ini mau gak RM50 melayang untuk mainan diorang ajer.. Gimana nih??!! Poket makin kempis.. Nehi..nehi…
Tiba2 aku ternampak sepasang goggle yang berharga RM1.70. Murah gila. Apalagi, terus ambil 3. Pastu tunjukkan kat budak2 tu. Nadhirah dah Danial termakan pujukan aku, terus diorang simpan balik mainan robot dan goggle Winne The Pooh itu. Danish masih lagi memeluk mainan itik Digi beliau, takperla. Wahh.. perangkap aku sudah mengena. Hehehe..
Selepas itu kami meneruskan misi mencari diapers. Pergh, kejutan letrik betul bila melihat harga yang dipaparkan. Huggies merah RM46.00. Gilo ke hapa?? Paling mahal aku pernah jumpa cuma RM39.00 ajer. Ni sampai naik RM7.00. Apekehalnya?? Tension betul. Suka suki diorang aje ke nak letak harga. Akhirnya, tak beli pun diapers kat The St*ore tu. Esoknya aku beli kat kedai Ah Pek kat umah aku ajer. Mamy Poko lagi.. puas hati.
Aku akhiri cerita ini dengan paparan seekor kelip-kelip yang tidak lah berapa comel. Macam rupa plankton si musuh ketat Encik Krab aje.. Kat vontot dia la yg ada lampu tu. Kalau gelap baru nampak cahayanya….
No comments:
Post a Comment