Raya kali ni agak kalut. Utk pertama kalinya Kaklong beraya ke kampung mertua dia di Kelantan. Maka segala tugas di dapur tersandang dibahu aku. Agak ber-debar2 memikirkan bagaimana situasinya nanti.. Rupa2nya memang kalut.. Ha.., baru ko tahu. Dulu datang2 je, terus makan... mari mentertawakan diri sendiri.. hahaha
Aku balik ke Selayang hari Sabtu sebelum raya. Kena setelkan rumah sendiri dulu. Takder la balik dari kampung nanti baru gelabah nak mengemas. Setelkan laundry, pastu lipat. Kemas pulak kain baju utk diangkut ke kampung. Mop lantai siap2. Gantung langsir baru. Hehe.. itupun mau cerita ka?
Sampai Selayang lebih kurang pukul 2 petang. Mula2 kemas dapur abah dulu. Almaklumla, aku akan berkampung disitu untuk 24jam berikutnya. Abah dah siap potong 6 ekor ayam kampung pencen untuk dibuat rendang. Tapi aku ngelat, cuma masak 3 ekor aje. Sbb kuali dah tak muat.. hehe. Iye ke? Alasan aje tu. Aku mula masak rendang selepas berbuka, hampir pukul 12 mlm baru siap. Maklumla, ayam tua lambat nak empok. Rasa nak aje aku hempok.. hish. Sesambil masak rendang tu, rebus juga ketupat segera 2 pek.
Lepas setelkan rendang, aku rasa pinggang mcm nak tercabut. Kepala lutut pun rasa dah longgar. Letih betul rasanya. Sehingga terpaksa meminta Wak Mamat meng-iron semua baju raya yang akan kami pakai esoknya. Sib baik dia ok.. tenkui ya Wak Mamat!!
Pagi raya, setelah mengeluarkan high-note aku kepada askar yang bertiga tu suruh mandi, aku pun mula kembali bersilat di dapur. Masak kuah
Malam raya pertama, cuma tinggal aku sekeluarga kat rumah. Abah ikut Abg Ngah beraya. Kitorang tak nak ikut sbb Danish tak sihat. So, melangok tgk astro aje la. Tiba2 aku mendapat idea yang agak bernas. Iaitu meronda-ronda kotaraya Kuala Lumpur di malam raya ke-2. Bagus kan aku?? Hehe.. Mmg syiok. Masa tu la jalan kat KL ni lengang. Kalo nak baring tengah jalan pun diperlisakan. tapi pastu ko baring selama-lamanya terus la.. Kitorang round ke jln raja laut, jln bukit bintang dan tempat2 lain yg sewaktu dengnnya. Anak2 aku seronok betul dpt tgk keindahan neon di Kuala Lumpur. Macam2 jenis. Sampai pokok pun digantungkan lampu. Berapa agaknya bil letrik Bandar KL ni sebulan?
Itu ajela serba sedikit kisah raya aku. Tak menarik macam raya korang agaknya. Tapi aku tetap bersyukur kerana dikelilingi oleh insan2 yang aku sayang dan menyayangi aku.
No comments:
Post a Comment