Pages

28 October 2009

Jom pi PD

Seronoknya dapat bermandi manda di PD. Dari rumah lebih kurang 40min jika jalan clear. Bertolak pukul 4.30ptang, 5 lebih dah sampai.

 

Air dah bersih sikit berbanding dulu. Boleh nampak sekumpulan ikan berenang-renang di dalam air. Tapi anak-anak ikan ajela. Budak 3 orang ni sangat excited sebab merdeka dapat bermain pasir dan air tanpa halangan. Selalu kat rumah asyik kena marah ajer.. hehehe.

 

Danial takut nak masuk air. Dia dan Nadhirah banyak habiskan masa bermain pasir. Nasib baik dah bawak beach toys siap2 dari rumah. Kalau beli kat sana, alamat berganda-ganda la harganya.

 

Danish lah HERO kat sini. Nak berendam aje kerjanya. Taknak dok dalam pelampung pulak tu. Nak jalan sendiri, even air dah takat dagu dia. Siap boleh main lompat2 dalam air. Sekali tu dia tenggelam.. tak panik langsung. Rilex jer, boleh ketawa-ketawa lagi.. hehe. Ikut perangai sapa lah ni?

 

Tengok gambar jom!

 

IMG_7160

Oleh kerana terlalu excited, turun aje kereta Danial dah gali pasir kat tepi kereta tu. Adeh, pantai belah sana la nak oii.. Sabar le. Takder pun orang buat istana pasir kat tempat parking ni…

 

 

 IMG_7161 Sampai aje tepi pantai, apalagi. Mula lah operasi bob the builder mereka.

 

 

IMG_7163

Alamak, terlupa nak bawa seluar pendek Daddy. Sori yer..

 

IMG_7164

Daddy dan Danish on the way ke kedai membeli seluar pendek

 

 

IMG_7166

Daddy jangan risau, Danial taknak beli apa-apa. Dapat main pasir ni pun dah cukup bersyukur dah.. hehe

 

 

IMG_7171

Gambar dari kejauhan. Danish berjaya menge-pow Daddy pelampung itik. Dok dalam tu cuma 10minit aje. Tak thrill katanya.

 

 

IMG_7173

Praktis berenang kat sini dulula.. Kalau kat dalam air nant fish gigit bont*t kita..

 

IMG_7174

Kakak pun samer

 

 

Tak lama selepas kejadian di atas, aku pun join sekali aktiviti bermandi-manda. Mana boleh tahan, orang lain seronok sakan, aku kesana-sini kepit handbeg sambil mengambil gambar. Tidak adil begitu. Maka ketika di dalam air, tiada gambar yang dapat di ambil. Tunggu aku beli water resistant camera pulak ye.

 

Puas mandi, kita naik speed boat pulak.. yeay!

 

 

IMG_7189

 

IMG_7187  Gila laju speed boat tu. Sumer excited kecuali Danish yang diam tak bersuara. Muka pun macam takder perasaan. Takut betul dia. hehe.. takper, Selalu naik nanti,okeylah tu.

 

Gambar-gambar ni pulak ketika perjalanan pulang.

 

IMG_7202 IMG_7203IMG_7201 Semua ketiduran kepenatan…

4 comments:

HazlisaNoor said...

ini apa kes plak berenang atas pasir ni..hehe..kelakar tul anak2 sue

Sue said...

umah takder kolam renang, mcm ni la. hehehe

makLong said...

bestnyer... lain kali mkLong nk join jugelah...

Sue said...

Jom le maklong... Best tau...