img credit to http://www.123greetings.com
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Maafkan jika ada terlanjur kata, tersalah bicara, terguris perasaan, dan apa sahaja perlakuan yang tidak disenangi. Semoga ikatan persaudaraan yang terjalin ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat.
Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhati-hati. Bersabar dalam menempuh kesesakan di lebuhraya. Kepada kaum ibu yang mungkin sebok memasak juadah raya, juga berhati-hati. Jangan leka menonton tv sedang rendang terjerang di kuali.. Nanti takut rendang tak jadi,. rumah pulak dijilat api. hehehe mcm pantun pulak.
Awasi anak-anak anda walau di mana mereka berada. Kemalangan boleh terjadi di mana-mana. Mereka terlalu kecil untuk mengerti erti keselamatan diri. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.
Awasi anak-anak anda walau di mana mereka berada. Kemalangan boleh terjadi di mana-mana. Mereka terlalu kecil untuk mengerti erti keselamatan diri. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.
Err.. jangan dilupakan topeng muka dan hand sanitizer. Basuh tangan sekerap mungkin bagi mengelak jangkitan virus H1N1. Topeng muka pun boleh digunakan bagi mereka yg ingin berdiet. Dah tutop mulut, susah sket nak mkn kan?? hehe..
Berhati-hati dalam menikmati juadah raya. Jangan ikutkan nafsu, nanti badan yg lesu. Sediakan PILCHIKITECKAUN di dalam tastangan anda untuk standby. Manalah tahu, tengah beraya diserang pulak cir..bir.. naya.
Sekian dari saya, pemilik blog. Semoga Hari Raya kita semua diberkati olehNya. Amin.
Sekian dari saya, pemilik blog. Semoga Hari Raya kita semua diberkati olehNya. Amin.
3 comments:
Selamat hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin
Dari
Jemah, Laloque, Cica dan Anoi
Salam Idul Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari akak sekeluarga.
Thanks VP dan Kak Jay
Post a Comment