Alhamdulillah, dah masuk 21 hari kita semua berpuasa. Masih belum terlewat untuk melipatgandakan amalan. Lebih-lebih lagi di sepuluh hari terakhir ni.
Tahun ni merupakan pengalaman pertama Nadhirah berpuasa. Masa 1st Ramadhan, Nadhirah bangun sahur sekali dengan kitorang. Memang dia berhajat nak puasa. Tapi bila dah tengahari, dia dah tak tahan. Dah minta susu. Kesian pulak.. takperla. Mummy bagi green light utk berbuka, dapat setengah hari jadi ler. Tapi, bukannnya dia minum susu pun. Nadhirah cuma makan seketul coklat (kojek beli). Pastu dia boleh sambung puasa balik sampai waktu berbuka.. sabar ajela. Cheh..!
Nadhirah kata dia nak "Puasa sikit-sikit". Puasa kejap pastu boleh pause, makan dulu. Pastu sambung puasa sampai maghrib.. hehe. Sebenarnya yg buat dia nak mkn sangat sebab kat rumah masa tu ada sepupu2 dia yg mmg tak puasa. Siap tayang2 coklat lagi. Mana lah makcik tu nak tahan.. kalau kita yg tua tgk pun mau tergugat iman. Inikan budak 6 tahun yang baru belajar puasa.
Hari ke-2. Nadhirah dah decide takmo puasa. Nanti sakit perut katanya. Takperla. Mummy ikutkan ajer. Mummy taknak paksa, biar kakak puasa atas kerelaan sendiri. Jadinya sepanjang cuti sekolah tu kakak hanya puasa setengah hari dan kadang kala tak puasa langsung.
Mummy selalu cerita kat Nadhirah, "Orang yang berpuasa, apa sahaja makanan / minuman yang dimakan waktu berbuka akan rasa TERAMAT SEDAP. Itulah namanya nikmat berpuasa. Walaupun cuma minum air kosong ajer." Nadhirah dengar sambil mata terkebil-kebil.. nak percaya atau tak?? ..
1-Sept-09, hari pertama sekolah selepas cuti semester. Pagi tu Nadhirah tak bangun sahur. So Mummy suruh puasa setengah hari jer. Nanti makan tengahari kat taska. Tapi, terkejutnya Mummy bile teacher bgtau kakak masih puasa masa Mummy datang jemput kakak petang tu. Wow! Alhamdulillah. Tercapai jugak hajat Mummy nak tgk kakak puasa. Masa berbuka kakak capai minuman dulu, kalau tak silap air soya. Kakak kata "Sedapnyaaaa air ni, Mummy!!" Alhamduilllah, berjaya jugak konsep Mummy...hehe.
Sehingga hari ini, 11-Sept-09 Nadhirah dah berjaya berpuasa penuh sehingga 9 hari. 2 hari dia ponteng, sbb tak sahur. Syabassss!!! I love u Nadhirah. Kakak kuat, walaupun selalu teruji bila Danial dan Danish makan macam2 depan kakak. Terutama Mami-Monsters. Kakak akan dapat duit raya lebih dari adik2... sebagai ganjarannya. hehe.. standard la tu kan, mcm kita jugak masa dulu2.
Sehingga hari ini, 11-Sept-09 Nadhirah dah berjaya berpuasa penuh sehingga 9 hari. 2 hari dia ponteng, sbb tak sahur. Syabassss!!! I love u Nadhirah. Kakak kuat, walaupun selalu teruji bila Danial dan Danish makan macam2 depan kakak. Terutama Mami-Monsters. Kakak akan dapat duit raya lebih dari adik2... sebagai ganjarannya. hehe.. standard la tu kan, mcm kita jugak masa dulu2.
Selingan gambar penulis bersama heronya.
Ni la yang elok sket. Tapi Danish pulak buat mua terkejut.. haih..
4 comments:
wah..tahniah nadirah..
tu mami-sue tu nak tunjuk aksi anak ke nak tayang tudung..hehe..jgn mare yer..gurau2
Congratulation Nadirah... Nadirah Hebat!!! Berjaya puasa akhirnya... I luv U Nadirah!!!!
canggih la nadhirah..
Kak Ieja, mmg nak tayang tudung. Ada sapa2 nak order ke? heheh..
3 hari lepas Nadhirah straight ponteng puasa. Sbb tak sahur. Tido lambat sgt.. Hmm, baru puji sket dah kantoi...
Post a Comment