Alhamdulillah, kitorang berkesempatan meraikan tetamu istimewa untuk berbuka di BSP. Thanks to Abah, Kaklong dan AbgNgah sekeluarga yang sudi hadir. Menu berbuka hari itu adalah Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan Dalca Daging. Puding roti + peach sebagai pencuci mulut. Air pula adalah Soda Bandung.. laris sehingga ke titisan terakhir. Berjaya juga aku buat Soda Bandung tanpa berketul-ketul...hehe.. vangga!
So sad terlupa nak snap gambar makanan tu semua. Paham2 aje la keadaan waktu berbuka tu. Tak pandang lain dah.. nak capai kamera pun tak sempat. nampak benar gelojohnya.. haha
Lepas berbuka, aku paksa abah try baju baru dia. Abah nampak happy dan suka baju tu. Tidak silap perhitungan aku rupanya. Bagus la, next year jika dipanjangkan umur aku dah tau mana nak cekau baju raya untuk Abah...
Lepas berbuka, aku paksa abah try baju baru dia. Abah nampak happy dan suka baju tu. Tidak silap perhitungan aku rupanya. Bagus la, next year jika dipanjangkan umur aku dah tau mana nak cekau baju raya untuk Abah...
Okeh, jom tgk gambar.. Malas nak citer panjang. Jari jemari aku dah kebas bahana aircond yang menggigit sehingga ke tulang.. Trrrr....
Hensem la Abah. Macam Cina Mali... :P
Ni cucu Atok yang lain pulak. Dari kiri Danial, Azim (anak bongsu Kaklong) dan Humaira (anak bongsu AbgNgah). Humaira x pakai baju, jadi dia guna bantal untuk cover keseksian dia tu..
Buat apa pulak tu.. tgk sarang semut ke??
Oh, main bunga api rupanya..
Yg kanan sekali tu Adlee (anak sulong AbgNgah). Diorang bertiga ni je dah mampu nak meranapkan rumah Atok diorang..
Oh, main bunga api rupanya..
Inilah dia pembekal bunga api tersebut. Polis, sila jangan tangkap orang berbaju belang ini.. Kami sangat suka main bunga api.. Sumpah, takder modified apa2 pun!!
Budak ni sebenarnya bukan warganegara Mesia. Dia ni warganegara Barack Obama.. Lahir kat US tu.. Patutla muka pun ada iras2 Barack Obama..
Nadhirah berjaya mengatasi perasaan takut untuk bermain bunga api setelah dipujuk oleh sepupu beliau, Arriesya.
Ahli mesyuarat kolam sedang serius membincangkan masalah negara.. sambil menghirup secawan Nescafe panas..
Ahli mesyuarat kolam sedang serius membincangkan masalah negara.. sambil menghirup secawan Nescafe panas..
Ni kakak ipar aku (wife AbgNgah). Beliau yang bertanggungjawab menyediakan muzik latar bagi memeriahkan lagi majlis bersoka-ria itu.
Abah.. yang dah tido, bangun juga keluar utk join the havoc..
Inilah Kaklong. Sifu masak memasak aku. Kalo tgk fesbuk dia sumer jenis masakan ada.. acah je. Tapi serius beb, dia ni masak apa pun sedap. Goreng telor pun sedap, inikan pula kalo masak rendang ke, kuzi ke, asam pedas ke, kari ker.. isk.. tak semena-mena perut ku pun berbunyi.. Sabar la perut, baru pukul 5:14pm ni.. Lambat lagi nak buka..
No comments:
Post a Comment