Pages

20 February 2009

Pesanan untuk anda

Ala.. aku tak tahu la apesal gambar ni senget pulak. Korang sengetkanlah kepada korang ehh..



Salam,

Lama pulak rasanya tak hapdet. Sibuk dengan kursus. Bukan kursuskan orang, tapi kursus untuk diri sendiri. Bagus gak, kalo awal2 tahun leh cukupkan 7 hari kursus. Tak payah pikir dah ujung tahun nanti.. (org gomen sure paham kenapa..)

Rasa nak hapdet, tapi takder modal. Teringat pulak gambar kat atas tu. Actually gambar tu aku capture dari dalam surat khabar. Dalam banyak2 iklan berhenti merokok oleh Kementerian Kesihatan, gambar yang ni paling memberi kesan kepada aku. Tak tau la kepada perokok itu sendiri... terkesan ke tak? Yang pasti poket diorang tu sikit pun tak terkesan bila membeli rokok.

Pesanan ini aku tujukan ikhlas buat perokok2 tegar di luar sana. Sejak usia bila korang mula merokok? Let say 21 tahunla.. (habis belajar, dah keje dan ada duit sendiri beli rokok). Sehari sekotak=14 batang. And now usia korang katakanlah dah 37 tahun. So dah berapa puntung rokok korang habiskan sepanjang 16 tahun tu? 12 btg x 365 hari x 16 tahun = 70,080 batang. Humangaihh.. untung gila syarikat rokok tu weh..

Udah2 le tu. Aku paham sangat tabiat perokok ni. Diorang ni cukup menyampah kalo kita suruh dia berhenti. Lagilah kalo cakap banyak2 kali. Silap hari bulan mau makan penampar. Walaupun rokok tu dinaikkan harga setinggi mana sekalipun, takkan adanya diorang ni nak berhenti.

Aku nak pesan sikit ajela. Kalo pun korang tak kisah akan kesan2 penyakit akibat merokok yang saban hari dipaparkan di media massa... tapi pikirkanlah kesannya terhadap anak, isteri, ibubapa korang. Tak kesian ke kat diorang andaikata satu hari korang terlantar sakit akibat rokok tu. Hish.. aku nak bayangkan pun ngeri. Mintak dijauhkan Allah.

Di hari Jumaat yang mulia nih, cuba pasangkan niat at least utk kurangkan merokok. Tak kisah la rokok apa.. rokok daun ke, batang kayu ke, ape ke. Mudah2 an Allah akan bukakan hati korang untuk berhenti satu hari nanti. Bukan untuk org lain pun, utk diri sendiri dan keluarga ko juga.

*Aku kena belajar dari member kat S.Alam. Camana dia pujuk husband dia sampai bleh berhenti merokok 99%. 1% tu curi2 isap masa wife dia takder. Hehehe.. takperla. Kesyian..

2 comments:

Anonymous said...

Haaa betul tu... aku sokong tu... sedar laaa wahai golongan2 yg merokok ... cintai laaa org yg tercayang... tak gitu sue?... aku memang sokong sungguh kempen " Tak Nak Merokok" tu....

p/s;
Perhatian!!
Penulis komentar kau nie sue, masih sewel semasa beliau menulis komen tersebut, bukan ape gaji x masuk lagi ... so tu yg senget siket ...tu kesan merokok laa tu...

Sue said...

sokong kempen aje ke? berhentinya bila?

argh... aku pun sewel, bila nak gaji nih..!!!!!