Pages

24 February 2009

Akhirnya..

Salam,

Sabtu lepas kitorang sekeluarga akhirnya berjaya jugak menonton movie Gang The Movie. Last minute beli ticket online, hari Jumaat petang. Dapat untuk show hari Sabtu 10.30 pagi kat GSC Alamanda. hehehe.. riang tak terkira. Nadhirah yang paling excited. Dok provok Danial, kata ni kali ke-3 dia tgk wayang... eksen sungguh. Bengang je Danial.

Danish takleh lepa, asyik nak lari jer.


Nadhirah: Pasni kita tgk Ice Age 3 pulak yer Mummy?
Mummy: OK. Kalo kakak rajin buat homework Mummy bawak ler.





Sebelum masuk hall..


Danish kagum tgk poster yang bersar gedabak tu


Danial: Uiii.. ape yang bergayut tu Mummy??
Mummy: Ntah la. Tupai kot. Takpun musang..


Pemandangan kat luar Alamanda.


Keseluruhan cerita memang menarik. Tak sangka Malaysia boleh hasilkan animasi mcm tu. Bangga lah ngan Les Copaque. Nanti buatlah lagi yg best2 yer. Member aku yg dah g tgk, kata anak diorang nangis masa part seram (kena kejar ular).. risau gak takut2 Danish terkejut. Rupa2nya dia rilex jer. Mata tak berkelip tgk skrin yg besar tu. Lagi 15 min nak habis, Danish dah tak boleh duduk diam. Dalam gelap pun selamber je nak jalan sana-sini. Last2 husband bawak dia keluar dulu....



*Ada sejarah sebenarnya kat kolam (gambar yg last tu). Satu petang kitorang lepak2 kat situ. Aku kat bawah pokok, duduk mkn donut. Husband lak bawak anak2 g tepi kolam. Mula2 Danish meniarap sambil tepuk2 air kat dalam kolam. Pastu dia duduk pulak sambil rendam2 kaki. Aku tengok aje la dari jauh, sbb husband ada kat situ. Tiba2 aku tgk Danish dah berlari ke tengah kolam. Nak taknak husband terpaksa gak masuk dlm kolam tu selamatkan Danish. hehehe. Sudahnya 2 beranak basah seluar + kasut. Orang lain teruja tengok aksi Danish dan Daddy. Dah basah, tak dapek la nak jalan2 lagi. Terus g amik kereta, balik rumah. Rupa2 pergi alamanda semata-mata nak beli donut dah masuk kolam jer.. cess!

No comments: