Pages

27 February 2009

Microsoft Office Day

Baca betul-betul, bukan MS Office Family Day yer.. :P

Max office day ni bertujuan untuk memberikan tips, and tricks bagaimana menggunakan aplikasi MS Office dengan lebih berkesan. Kiranya masa ceramah tu nanti kita akan " Oooooo... macam tu pun boleh ye?, Eeeee...., Aaaaa...." Melopong aje la sebab tak tahu selama kita guna MS Off ni ada cara yang lebih senang dan efisyen rupanya.

Seronok banget, sebab ada token utk mereka yang boleh menjawab soalan. Dan aku telah dilarang oleh penceramah untuk menjawab. Sebab dah dpt token, notebook dari Microsoft. Best kan? Boleh ke korang dapat notebook free?? Jangan jeles, aku dah dapat!

Tak aci betul penceramah tu tak bagi aku jawab. Aku ngan Kavi adalah peserta yang paling excellent. Banyak sangat bagi soalan.. dah tu bermurah hati pulak tolong bagi jawapan kat orang lain. Dan org tu pulak dapat hadiah t-shirt. Argh, tidak.. aku tertekan di sini.

Jom tengok gambar kitorang




Dari kiri (depan): Kak Jariah, Mami-Sue, Kavi, Kak Zaini, Kak Pah
Belakang: Madona, Fiza, Amy


Vendor yang telah menganjurkan kursus nih "Prestariang".
Duduk di sebelah kiri adalah penceramah dari Microsoft.


Ni masa acara main rebut kerusi. Kavi adalah pemenangnya..hehehe.
Sesungguhnya ini adalah dusta semata-mata



Bersama penceramah yang Comel Gila. Miss Karen. Suka beno dia ngan words GILA. huhuhu



Nak tengok hadiah yang aku dapat? Notebook tu la.. Ishh. Nanti korang jeles pulak. Hmm, takperla. Kang kecik ati pulak tak dpt tengok.. aku tunjuk gak la.

Siap ada cop Microsoft tuh... Sila kagum.



Rupa sebenar notebook aku. Best kan?? hehehe

No comments: