Ini adalah aktiviti kami di petang Sabtu. Bersesuaian dengan cuaca yang panas membahang, kami memilih untuk bermandi manda di Sg. Tekala, Semenyih, Selangor. Lebih kurang 30min perjalanan dari BSP (jika tidak sesat..heheh).
Bayaran masuk dikenakan. RM1.00 utk dewasa dan RM0.50sen untuk kanak-kanak. Berbaloi-baloi…
Pic src: googled
Pintu masuk
Pandangan dari kejauhan.. Air tak dalam, takder batu2 besar kat dalam air.
Selamat untuk kanak-kanak ribena. Untuk ke tempat ni, tak perlu berjalan jauh atau mendaki. Berdekatan dengan pintu masuk.
Walaupun tempat kurang berisiko, keselamatan perlu di utamakan. Dengan itu jacket pelampung menjadi teman wajib ketika di dalam air. Di jual di hadapan pintu masuk dengan harga RM10 seunit.
Oren untuk Danish. Budak kecik ni paling teruja dengan air. Nak terbalik ke, tenggelam ke, selamber aje dia.
Budak ni pulak, kalau kat rumah dialah hero. Tapi bile kat tempat macam ni, dialah no.1 penakut. Nadhirah dan Danish selamber aje floating sambil di bawa arus, Danial? Sori la. 2 saat je floating, muka dia dah cuak, cepat2 bangun… ooh, phobia ehh??
See? Tak dalam pun. Setakat lutut Danish je.
Ada jugak tempat yang dalam, lebih kurang takat pinggang Danish.
Tapi kira ok lah lagi. Danish selamber aje lari2 kat dalam air tu..
Diorang ke depan sana, floating then sampai le kat tempat aku berdiri ni. Ulang alik buat benda tu sampai bosan.. Hmm, kalo tak ramai orang, aku pun nak join gak main camtu. Best…
Dia nih memang tak tahu sejuk. Danial dah vibrate dah bibir dia, tapi Danish masih bertahan.
Sekali lagi, sila jangan tiru aksi di atas. Pencemaran sungguh!
:P
Balqis, Insyirah, Azim, Haikal! Jom la datang sini.. best tau.
Best sangat.
Menikmati burger malaysia diwaktu begini adalah sangat mengasyikkan.
Akhirnya Danish mengalah juga, sebab kelaparan. Habis daging burger dia belasah sorang. hehe..
Masa ni dia tak pedulik mommy nak ambil gambar ke, ape ke. Nak cepat2 habiskan makanan lepas tu berendam semula dalam sungai..
Syorga…
Sekian cerita hari Sabtu. Sg. Tekala, kami pasti datang lagi.. Membawa segerombolan rombongan Cik Kiah. Sape nak ikut? Register cepat. Cuti sekolah pun tak lama lagi…
Bye!
No comments:
Post a Comment