Sepertimana tajuk di atas, ia adalah restoran kegemaran seisi keluarga mertua saya. Mula-mula dulu saya rasa biasa ajer, tiada kelebihan berbanding restoran lain. Kecuali servisnya yang pantas itu..
Namun setelah berkali-kali saya menjamu selera di sini, akhirnya saya juga terpikat kepada 2 jenis masakan mereka. Iaitu:
Kerabu Mangga
Siakap Steam Halia
Rasa dua menu di atas sangat berbeza dengan restoran lain yang pernah saya kunjungi. Kalau order kedua-dua menu tersebut, haruslah kuahnya dihirup sehingga ke titisan yang terakhir. Yummieh….!
Bukti sebenar.. lapar sungguh mereka ni nampaknya..
Ok, itu cerita kerabu mangga dan siakap steam. Kalau ‘butter prawn’ dan ‘dried chilies squidward’ yang terbaekkk adalah di Restoran Tasik Shah Alam. berhadapan/di belakang Plaza Alam Sentral. Cuba lah rasa… memang terangkat.
Satu lagi, menu nasi goreng seafood. Paling sedap yang kitorang pernah makan adalah gi Restoran Kelana Seafood (dulu di cawangan Puncak Alam/Saujana Utama). Wah.. rindu betul suasana di restoran tu. Tak dapat nak mengimbau kembali kenangan silam sebab restoran tu pun dah tutup…
Apapun, ni semua terpulang kepada selera anak tekak masing-masing.
No comments:
Post a Comment