Hai semua. Nama saya Nadhirah. Lama rasanya saya tak menulis di sini. Maklumla, saya dah mula sibuk dengan alam persekolahan. Seronok nya sekolah. Saya dapat ramai kawan baru. Cikgu-cikgu pun semuanya baik-baik belaka. Yang tak bestnya, beg saya berat sangat. Kan bagus kalau saya boleh tinggalkan buku kat sekolah? Macam zaman mak saya dulu-dulu. :)
Mulai hari Khamis ni sehingga Selasa minggu depan saya akan mula menduduki peperiksaan di Sekolah Agama. Mulai Isnin minggu hadapan pula peperiksaan Sekolah Kebangsaan akan bermula. Doakan saya berjaya yer. Terima kasih.
Okay, sekarang saya nak kenalkan kawan baru saya. Nama dia Anis Nabilah. Dia sebenarnya adalah jiran saya. Kadang-kadang saya tumpang kereta mama Nabilah pulang dari sekolah. Ada masanya Nabilah pulak tumpang kereta mak saya.
Ahad lepas Nabilah ajak saya main bubbles kat rumah dia. Wow, kegemaran saya juga. Tengoklah aksi kami ni..
Terima kasih Nabilah sebab sudi berkawan dengan saya. Semoga kita akan terus berkawan sampai bila-bila. Thanks jugak kat mama awak sebab buatkan kita air anggur yang sungguh sedap. Dan juga kepada abang awak, sebab sudi ambil gambar kita bermain.. Canggih betul la kamera abang awak. Saya nak pinjam dia bagi tak?
Bye!
No comments:
Post a Comment