Pages

11 March 2010

11 Mac 2005

100_0094 Upacara memotong reben tali pusat

image

Tu dia.. fresh from the oven

101_0104

Danial di wad.. diberi bantuan oksigen

101_0130 Alahai.. comel.

101_0136

Ini la rupa kecederaan kat kepala dia akibat di vacum.

101_0149

Sebelum keluar dari hospital..

Senyum yer!

Pengalaman melahirkan Muhammad Danial b Mohd Sidek

  1. Mula sakit pada malam 10 Mac 2005 @ Khamis. Pergi ke DEMC pada esok hari, 11 Mac 2005. Dah booking Dr. Norleen yang sangat soft spoken dan peramah.
  2. Bukaan baru 1 cm, kontraksi setiap 5 minit. Simtom sama spt Nadhirah.
  3. Lebih kurang pukul 9.00am Dr. pecahkan ait ketuban, dah bermulalah sakit yang teramat sakit itu.
  4. Muka aku menahan sakit adalah lebih kurang seperti orang yang nak terber*k tapi tak jumpe tandas.. Hadoi. Hazab.. Dok mengiring ke kiri ke kanan bagi mengurangkan sakit..
  5. Nurse datang dan melihat muka aku yang tak boleh blah tu, lantas berkata “Ko ni tahan ke tak tahan ni? Lain macam je muka ko, akak tengok. Kalo ko nak, kitorang boleh lagi EPIDURAL..”
  6. “Err.. takpelah kak. Saya coba tahan selagi saya mampu. Nanti kalo dah tak tahan sangat baru saya amek.” kata aku
  7. “Buat apa nak cuba-cuba? Ambik je sekarang ni, kalau nak. Takper…” kata En. Suami.
  8. “Hmm.. yelah.” hehe.. dapat green light nampaknya dari En. Suami. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Maka aku ditolak ke bilik rawatan untuk prosedur epidural..
  9. Sakit ke tak? Tak le, mana sakit. Macam kene gigit semut jer.. .
  10. Sumpah ayat no.9 tu aku tipu. Sakit gile.. Aku rasa jarum yg dia cucuk kat tulang belakang tu macam besar straw minuman. Boleh rasa setiap inci dia menusuk masuk ke tulang belakang aku… (untuk pengetahuan yg lebih ilmiah. sila surf sendiri prosidur epidural di website yang bertauliah. Aku citer ikut sedap mulut jer nih… )
  11. Masa dia nak cucuk ni, aku kena duduk. Pastu bongkok ke depan. Time ni dah hazab. Yela, dengan kontraksi yg melanda.. pastu dengan perut yang membulat dan mengeras tu, seksa tau nak bongkok camtu. Aku terpaksa peluk pinggang En. Suami kat depan aku… supaya badan aku tak bergerak. terlebih cucuk kang, terus tak bangun pulak aku..
  12. Then slowly tak rasa dah kaki aku. And sakit kontraksi pun hilang sekelip mata (Ecehh..) Dari paras pinggang ke bawah tak boleh bergerak. Kalo orang geletek tapak kaki aku waktu tu, aku masih boleh tidur berdengkur lagi.. Tapi cuba le buat sekarang ni, mau makan penyepak le orang tu.. hahaha.
  13. Aku di hantar ke labour room. Kat situ aku tido nyenyak gila.. maklumla malam tu aku tak dpt tido. Nurse yang kejap2 datang cek keadaan aku, siap cakap “Amboi.. lena ko tido ye? Kalau tak tadi akak tengok muka ko, kesian betul..!” Graf kontraksi aku masa tu tinggi betul sehingga terlebih garisan maksimum.. tu kalo aku tak amek epidural tak tahule camana keadaan aku masa tu.. eii. tak dapat nak dibayangkan.
  14. Lepas lebih kurang 2-3 jam, bukaan pun sampai le ke 10cm. By the time nak kena push tu, aku rasa perut senak gila. Bernapas pun susah. Yela, mana aku ada pengalaman bersalin normal. Pastu amik epidural.. lagi le aku tak tahu camana rasa bila baby nak keluar. Yg aku rasa senak ajer…
  15. Push.. punye push.. punye push.. tak keluar2 jugak baby ni. Doktor suggest vacum. Aku ok jer, asalkan cepat selesai.. Vrrromm (bunyi vacum)
  16. “Ntah2 baby u ni terbelit tali pusat..” kata doktor
  17. “Lagi Sue.. Abang dah nampak rambut dia” kata en. Suami menaikkan semangat aku. Yela, dah berpuloh kali push tak jalan jugak.
  18. Maka dengan push yang terakhir itu, keluarlah Muhammad Danial ke dunia. Rasa macam ada benda bolos dari perut, plup!! Panassss jer.. hehe. Alhamdulillah..
  19. Dok tintai doktor bersihkan baby aku.. Hmm, apesal tak dengar suara dia nangis pun? Lemas ke?
  20. Lepas dibersihkan lebih kurang, Danil dibawa ke unit rawatan. Sbb ada luka kat kepala dan juga pernapasan yang tidak stabil. akibat terbelit tali pusat.. betul cakap doktor.
  21. Maka Danial di tahan di wad selama 5 hari. Aku dah balik rumah dulu. Tapi tiap hari datang bawakkan fresh milk utk dia. Hari ke-2 nak pergi hospital hantarkan susu, kereta kitorang terlanggar anjing. Teruk jugak, sampai kena tarik dengan truck tunda. Bodo punye anjing, lintas tak tengok kiri kanan.. menonong je.
  22. Balik dari tengok Danial kat hospital, husband tapau Pizza Island Supreme bawak balik umah. Aku kebuluran, maklumle baru lepas mengepam susu kat hospital.. Bau pizza tu pulak semerbak dalam kereta.. Aduhai, tak boleh tahan. Aku pun makan le sekeping… Cakap ngan husband, jangan bgtau mak (mertua).. nanti dia marah! …
  23. Tapi sampai2 je rumah, husband teruc citer kat mak dia… orang tua tu pun senyum kelat aje la. Nak buat apa lagi? Dah selamat masuk perut..
  24. 3 hari bersalin aku dah makan pizza.. bih kurang 7 hari bersalin aku dah bawak kereta.. hehehe.. ada bran??
  25. Sekian……

Selamat hari jadi yang ke-5 tahun, Muhammad Danial. Semoga Danial menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat.

101_0158

Usia 7 hari

101_0197

Usia 1 bulan

101_0199

Usia 2 bulan

106_0666

Usia 3 bulan

107_0714 Usia 4 bulan

107_0720

Usia 4 bulan

107_0788

Usia 5 bulan.

Bersama sepupu rapat beliau.. kini dah jadi orang segamat.

Saper ehh?? hehehe

106_0616

Usia 6 bulan

Sebelah tu adalah Nadhirah

106_0691

Usia 7 bulan

office0005

Usia 8 bulan

106_0609

Usia 9 bulan

106_0682

Usia 10 bulan

106_0635

Usia 11 bulan

Mula belajar jalan..

106_0678

Usia 1 tahun..

107_0775Birthday celebration @ Selayang bersama Abang Hariz

111_1104

Hehe.. lalok ke muka Danial.

132_3220

Usia 2 tahun.

IMG_9796

Usia 3 tahun

IMG_9294

Usia 4 tahun

Usia 5 tahun? Nanti yer.. tunggu celebrate malam ni. Esok baru upload gambar kat sini.. Uii.. entry terpanjang tahun ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Sekian.

7 comments:

k.long mami-sue said...

Seronok baca perjalanan hidup Danial sejak lahir smpai skg..lahir je ke dunia tak lekang dgn senyuman..tido pun senyum gak..bila celik mata,makin terserlah pula dgn kebulatan biji mata Danial..belum lg dgn keletah dan aksi dia yg sntiasa penuh dgn imaginasi dan bakat terendam dia yg kreatif tu..tak sedar dah lima tahun usianya..Happy Birthday abang.. :-)
Rindu nak kiss abang..Muaahh..!!!

Abang Danial said...

Tarima kasih Mak Long. Malam tadi Daddy belikan kek untuk Abang. Kek Hitam Legam.. hehe. Sedap! Yang manis-manis memang menjadi pojaan hati Abang. Sama macam Atok Dolah. Maklong bile nak datang rumah Abang. Abang rindu nak makan kuih karipap Maklong..

Saaaaaaaayang Maklong.

k.long mami-sue said...

Wahh..bestnya,tentu meriah bsday abg smlm ye?Mami n daddy bagi hadiah apa?? Betul ke abang yg rindukan kuih karipap maklong,ke mami abg yg teringin sebenarnya...hehe

Danial said...

Betul la Maklong. Abang yang nak makan. Kalo mami yang buat karipap, mesti keras dan liat macam playdoh. Daddy bagi hadiah kapal terbang mainan, beli kat negara 'hantar haiwan' tu.. tapi belum 24jam dah patah. Yang patah tu bukan abg punye, tapi Danish punya.. tapi abang yang buat. Hahahahahahahaha...

Muaaah maklong.

Anonymous said...

Hahahaha..mana tak patah mainan tu abang,ni bukan salah abang tp sbb buatan dari ` negara haiwan, mesti takde kualiti,murah,yg ada dskaun 70 persen..lenkali soh la daddy beli yg jenis tahan lasak punya,jenis besi..baru leh tahan lama,m.long gerenti,abang baling mcmanapun k.trpbang tu mantain je, tak rosak punya..tp abang kena brsiap sdialah lps tu ,nnt dpt `hadiah istemewa' dr mami sbb lps abang campak mainan tu sure kena sasaran yg tepat..jangan kena kat kepala mami dan daddy sudahlah..

Pasal kuih tu tak pela..nnt maklong buat special utk abang,bubuh inti lebih,kulit kasi nipis sbb m.long tahu abang cuma suka inti dia je kan..?Cakap kat mami,soh training bnyk kali buat karipap tu..jgn dok byangkan mcm main play doh je..dulu masa mami kecik2 selalu tolong aruah wan buat karipap,takde pun training2,sedar2 sorok karipap kat belakang mcm org yg tngan kena gari kat belakang tu,aleh2 dh siap rupa karipap terus tunjuk kat wan..masa tu mami jadi `KEBANGGAAN wan..dia dpt manja2 dgn wan..lps tu m.long pun jdi jeles..ishh..pasal dh melalut lak?Mcm aku punya blog la pulak..Hahaha..sori..

Sue said...

Amboi, ni dah karangan 80 patah perkataan. hehe. Takpe, ok je. Blog aku blog mu jua...

Dey, kapal terbang besi le tu. Ko igt daddy dia nak beli ke yang pelastik bagai? Sori mori. Kalo plastik mau seminit je dah jahanam.

Yg aku geram tu, dia jahanamkan adik dia punya.. dia punya baru tercabut tayar je. Adik dia punya ekor kapal terbang dah tanggal... hish..

Aku rasa tahun depan nak hadiahkan dia kereta tolak, boleh berkebun balik kampung nanti. Carikan kasut phua chu kang budak2 utk, mesti dia suka.. hehehe

k.long mami-sue said...

Elok gak cadangan ko tu..hadiah kete tolak ori punya..ada gak pekdahnya..boleh tolong atok Muar dia angkat tanah ke apa ke yg patut..tanamkan minat berkebun pulak..dapat sorang yg ikut jejak langkah atok Selayang jadilahkan..sure Abang Danial akan jadi kebanggaan dua org atok dia.. ;-)