Pages

12 March 2010

Sederhana tapi cukup bermakna

Ada yang dah tak sabar nak tengok hero kesayangan ramai ni potong kek. Tu tak lain tak bukan nak skodeng kek ape daddy dia beli, hadiah apa mummy dia bagi.. heheh. Macam aku tak tahu… :P

IMG_9634

Ini le keknya.

Nama saintifik aku tak tahu, tapi nama sesuka hati aku bagi: Kek Itam Legam. hehehe.. boleh la ye. Walaupun nama yang begitu direct, rasanya sangat sedap. Kek coklat yang lembap dan krim coklat yang rasa coklat.. .

Abes takkan rasa oren pulak, kiah oi!

IMG_9620 Muka gembira Danial, yang memang mengharapkan kek di harijadi beliau. Nasib baik Daddy beli. Kalau tak, tak lena tidur agaknya dia..

IMG_9623

Sila abaikan comot di bajunya itu. Tabiat buruk yang sukar di hakis, lap mulut kat baju.

IMG_9624

Cepatlah Daddy, bile boleh potong kek ni? Abang dah tak sabar.

IMG_9627

Auntie Najwa nak makan kek? Meh la datang rumah. Ada lagi ni.. Sebelum kehabisan. Err, yang lain makan pop-corn aje ye? Mummy ada buat tadi..

IMG_9621

Besday kakak bile, mummy?

Lambat lagi kak, ujung tahun nanti.. sabau ye.

IMG_9629

Danish menunjukkan tanda protes.

“Tak bagi makan kek, orang makan meja aje la..”

Hadiah? Daddy dah bagi awal lagi. Kapal terbang beli kat obersee. Buat dari besi. huhu. Tapi sekejap dah patah kena hentak dengan besday boy.. Aku ingat Danial ni, kalau bagi dia jongkong emas tu pun dia boleh jahanamkan.. hehehe.

Eh, apehal jongkong emas pulak? Hint utk sesaper ke? Oh tidak… jgn takot. Saya bukan penggemar emas, tapi penggemar ikan emas.

*update: Nadhirah kata, kek tu Ustazah dia yang buat. Tadi kat sekolah ustazah dia bgtau, dia nampak Daddy beli kek semalam. Huhu.. glemer lah Daddy. Ustazah pun kenal Daddy.

No comments: