Pages

08 March 2010

Coret-coret di hari Isnin

Assalamualaikum semua..

 

Korang yang bekerja, for sure pagi tadi tersangatlah malas nak pergi keje kan? Aku tau dah! Sebab aku dulu pun macam tu. Terpaksa melawan perasaan sendiri bila nak pergi kerja hari Isnin. Hati dok kata “Mc..mc.. EL..EL..”. tapi takleh la kan, ikut kata hati.. mati woo. hehehe… So terpaksa rela juga ke pejabat dengan hati yang tidak ikhlas.. Wah, masa ni pikir pulak ikhlas tak ikhlas. Bab ngular tak ingat yer?? (eh, ni citerkan pengalaman diri sendiri ke apa?? :P)

 

Rupanya Monday Blues ni bukan sahaja terjadi kepada korang yang berkerja. Tetapi juga berlaku kepada suri rumah sepenuh masa cam aku ni ha. Apa taknya, dah 2 hari cuti. Terselamat dari aktiviti2 ambil/hantar anak sekolah, siapkan bekal, memerah kepala otak nak masak apa hari ni, kemaskan buku sekolah ikut jadual, cek pensel yang perlu di asah atau di ganti baru. Budak2 sekolah darjah 1 ni guna pensel pelik sikit aku tengok. Kejap je pensel tu dah kontot. Kadang2 bawak 4 batang pensel, semua matanya patah. Ape diorang buat main DART ke ngan pensel tu? Musykil….


Hari ni aku bangun sedikit awal dari biasa. Maklumlah nak kena siapkan askar 3 orang tu. Selalu Nadhirah pergi sekolah pagi ngan Daddy. Ni Daddy dia takder, terpaksalah aku ambil alih tugas tu. Hantar Nadhirah, bersama-sama Danial dan Danish sebagai bodyguard. Dalam hati berdoa semoga pagar sekolah tu bukak, so aku boleh drive sampai depan kelas kantin.Takder la nak menapak jauh mendaki bukit sambil memimpin dua orang hero aku ni yang sangat aktiif dan geliga kepala hotak mereka. Alhamdulillah, lega bile memang pagar dah terbuka luas, seakan menunggu kedatangan aku.. hehehe. Vroomm.. sampai dalam kawasan sekolah. Ada parents lain yang membuat pandangan spero kat aku. Pedulik la… Sorry la geng, bukan selalu.


Lepas hantar Nadhirah, pusing hantar Danial ke tadika pulak. Nasib baik le dia tak banyak ragam. Menonong je masuk kelas sampai lupa nak babai.. hehe. Takpela bang, ko nak gi sekolah pun dah bersyukur sangat dah Mummy nih..

Keluar dari tadika, tanya Danish nak sarapan apa. Dia mintak nasi lemak. Hmm, tau sangat dah aku. Nak kena beli nasi lemak kosong separuh dan telur rebus sebiji.. Pusing cari kedai nasi lemak pulak. Belek punye belek bekas lauk pauk akak nasi lemak tu, ternampak paru goreng  garing.. Wah, best nih. Maka terbelilah juga nasi lemak untuk diri sendiri. Berlemak-lemak le lagi badan nih.. hehe (sila salahkan Danish, kerana sarapan nasi lemak adalah idea beliau).

Balik rumah, sarapan dengan Danish. Lepas sarapan, keluar semula sebab nak pos surat (redeem point Enfa Club), pastu ke klinik. Jumpe doktor gitu-gitu berkenaan masalah ruam Danish yang semakin menjadi-jadi.

Doktor bagi ubat makan (tahan gatal), calamyne lotion, ubat sapu, and sabun mandi khas untuk pesakit ekzema. Yang best nya petugas klinik tu, suruh aku sapu sabun mandi tu 3 kali sehari… Puas aku belek telek botol sabun tu, yg aku nampak  ada tulis cleanser. Tu bukan maknanya pembersih ke? Apehal nak kena lumur ngan pembersih pulak?? Tiba2 budak sorang lagi (staff lama) bersuara, “pakai masa mandi lah! macam pakai sabun” dengan nada yang sedikit tinggi… hehehe.. Ok le tu kan, dari customer yang sound. Then, sebelum blah, petugas klinik yang salah bg info tu cakap “semua skali RM50”. Aku tanya “Eh, sabun ni kena bayar ke?” Sebab ni klinik panel. Semua caj biasanya ditanggung halal oleh kompeni.…  “Eh, silap la kak. Saya tercakap pulak. tak kena bayar pun sebenarnya…” Ha.. sib baik kau mengaku cecepat. Kalo tak aku dah terjah bilik doktor gitu-gitu mintak penjelasan..

Then, jemput Nadhirah balik sekolah agama. Sekali lagi aku bawak masuk kereta sampai atas. Sebab masa tu Danish tengah tido. Nak suruh dia jalan tengah panas mendaki bukit, kesian la pulak. Takpe, ape2 hal biar aku tanggung sendiri. Nak kena saman ke, kena sound ngan guru besar ke.. Dalam hati dah mula merangka alasan, sambil praktis buat muka kesian.. hehehe. Nasib baik semuanya ok. Ada orang lain juga yang bawak kereta sampai atas…

Eh, panjang pulak cerita kali ni yer. Ada ke orang yang baca? Syok sendiri nampaknya. Takperla, takde orang baca pun.. ada aku kisah?? (macam pernah baca statement ni, di mana ya?? )

Kesimpulannya, hari ni memang aku tak masak. Beli lauk kat kedai jer untuk budak2. Aku sendiri makan maggi kari + cili api.. pergh. Meleleh air liur akibat kepedasan melampo. heheh..

Sila salahkan monday blues itu. Makan dengan ini saya akhiri cerita dengan menyenaraikan tugasan-tugasan yang perlu dibuat kejap lagi:

  1. Angkat baju di jemuran
  2. Sapu rumah
  3. Mop lantai
  4. Kemas dapur
  5. Masak dinner
  6. Lipat baju
  7. dan perkara lain yang sewaktu dengannya

*mesti ada yang cakap, eleh, itu pun nak kecoh ke? aku pun buat benda yang sama gak? And aku pulak jawab, “oii.. ada aku kesah??” ngeh ngeh ngeh…

2 comments:

k.long mami-sue said...

Wahh..bagusla ada kemajuan nmpak..hehe..biasala.nk jd ibu mithali ni bukan snang..sntiasa bnyk dugaan dan cabaran..ada aku kesah??Akupun tak kesah..haha
Ala ko ni,ingat azwan ali sorang je ke yg guna prkataan tu..akupun dh rasa mcm ko dulu,time budak2 ni kecik2 lg..tp zaman ko kira ok lg,kalau nak mndaki bukit pun blh naik kete..Aku?? Haa..ambik ko..menapak sndiri je..huhu

Sue said...

Tu la.. orang suruh belajar bawak kereta tak mo. Kan dah kena menapak.. hehe.

Mithali? Tu la, camana nak mithali? Tangan aku ni lajuuuuu aje nak mencubit.. tahu2 ajela, skill budak 2 orang (danial & danish) ni. Tak tercapai akalku...

:)