Bergaya dengan cermin mata seploh ringgit. Beli kat hentian Temerloh.
*gambar sekadar hiasan
Seronok dapat cuti bersambung-sambung nih. Jumaat (Maulidur Rasul), dan cuti hujung minggu sabtu dan ahad.
Seronok mengalahkan anak yang sekolah. Sebab tak perlu berkejar-kejar, kuar umah, masuk rumah, masak, sidai baju, angkat baju.. huh. Jam memang kena melekat di tangan sepanjang masa.
Jumaat pagi, bersantai-santai di rumah. Sarapan roti bakar dan macaroni goreng (lebihan masakan semalam). Kemas laman yang sekangkang kera tu. Tak buat apa sangat pun, tapi dengan cuaca yang panas semacam ni, agak mencabar jugak.
Dengan alasan cuaca yang membahang di luar, saya jadikan alasan untuk tidak memasak. Beli kan senang?? Ayam goreng, sayur labu masak lemak, sambal udang dan keli goreng berlada. Hmm, boleh tahan sedapnya. Sendiri takmau masak, lagi mau komplen ka??
Selepas Maghrib, ke pasaraya Save Mo*re di BBB. Boleh tahan murah pasaraya ni. Gardenia Butterscotch tu pun diorang boleh jual RM3.70. Diskaun 30sen tu.. mana nak dapat kat tempat lain?? Maka penuhlah kembali stock barangan dapur. Terima kasih kepada pihak penaja… :)
En. Suami mencadangkan untuk makan malam satey Hj Samurai. On GPS, cari kedai satey Hj Samurai kat Kajang. Perut dan berkeroncong, maka dari BBB kami ke Kajang meredah kepekatan malam… Sampai di simpang ke gerai satey tersebut, kelihatan kereta berbaris masuk ke parking. Jalan masuk cuma satu. Dan jalan yang satu tu pulak kitorang terlepas.. Aduh! Pusing punya pusing, tak jumpe jalan lain. Terpaksa juga mengharungi jem sekali lagi jika nak ke situ.
Tukar plan, makan kat BBB je. On balik GPS, cari kedai mkn kat BBB. What the fish?? Rupa2nya ada kedai satey Hj Samurai kat BBB. Penat ajer berpusing2 kat Bandar Kajang. Cis…Cis..!!
Tak tahu kenapa tiada jodoh antara kami dengan Bandar Kajang nih. Tiap kali ke Kajang mesti ada aje kejadian yang tak best. Sesat, tersangkut kat jalan jammed, hampir terlanggar orang, tak jumpe Tes*co kat mana dan lain2 lagi perkara tak best. Maka dengan ini kami mengisytiharkan bahawa kami tidak akan ke Bandar Kajang lagi jika tiada apa2 yang penting untuk kami di situ…
Eh, ni baru cerita hari Jumaat.. Hari Sabtu, sambung next entry lah yer??!
Bye..
No comments:
Post a Comment