Chantek tak??
Salam.
Rindu kan Mami-Sue? Rindukan cerita terkini dari Mami-Sue dan persekitarannya? Sukacita dimaklumkan bahawa Mami-Sue kini telah kembali ke arena blogging. Ribuan kemaafan kerana membuat anda semua ternanti-nanti. (Mode Perasan: ON)
Alhamdulillah, atas ihsan En. Suami beliau telah membelikan saya berukband yang baru. Diharap berukband bernama Alcatel ini mampu berfungsi dengan baik sampai bila-bila.
Oh, misi terkini saya adalah untuk men-format semula kedua-dua pc di rumah ini (desktop & notebook) agar dapat berfungsi dengan lancar. Perlu mencari kembali kemana menghilangnya recovery cd kedua2 pc itu. Aduhhh, mana nak selongkar nih..?
Sekian update ringkas dari saya. Sehingga ketemu lagi. Perlu membereskan beberapa kerja rumah yang tertunggak. Dan selepas itu bolehla saya kembali mengupdate anda semua dengan cerita-cerita terkini dan cerita-cerita basi saya.. hehehehe.
Salam kerinduan dari kejauhan… Psstt, BM saya adalah A1 ketika spm dulu. :P
2 comments:
pesal tak kalerkan foto ni??takut lg terselah ke keayuan MAMI-SUE tu..hehe
hehe.. saje je taknak kaler. Nak bagi readers blog print-out gambar tu, pastu kaler sendiri. ikut sukala nak boh kaler apa pun.. sbb dah memang ayu! :P
Post a Comment