Lama betul tak update. Macam-macam hal yang berlalu. Baik suka, duka, gembira, sedih, pilu semuanya ada. Perlu dilalui dengan penuh tabah. Pengalaman itu mendewasakan. Ingat janji Allah pada hambanya.
ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya ( Maksud Surah Al-Baqarah ayat 286 )
Pasti ada sinar menanti di esok hari.
Orait. Nak cerita sikit pasal gelagat Danial.
Semenjak dua menjak ni, dia selalu aje mengusik Danish. Kadangkala cara dia mengusik tu melampaui batasan.. nak tahu lebih lanjut?
Cerita 1:
Dia buat aktiviti perlombongan bijih timah dia @ korek hidung dan bijih itu dia sapu kat adik dia. Tak kira le kat tangan ke, baju ke, mana2 yang sempat la.Selalunya bijih tersebut memang bersaiz besar, dan kadang2 agak kekuningan sbb dia selsema.. Cehh!!
Cerita 2:
Satu hari, sedang leka menonton tv, tiba2 aku terdengar bunyi “prrrooot” @ kentut. Bila aku toleh, Danial sedang tersengih2 sambil menarik seluarnya ke atas. Rupanya dia turunkan seluar, kemudian tonggek sedikit lalu melepaskan gas beracun itu ke udara. Target adalah Danish. Tapi Danish tak perasan sebab ralit menonton TV. Tak pasal2 aku jadi mangsa aktiviti dia yang tak senonoh tu.. geram betul.
Tak pasti nak marah ke, nak gelak ke. Sebab bila dah buat mcam tu, Danial akan tersengih-sengih macam kerang busuk, Dari rasa nak marah, terus rasa nak peluk cium pipi dia tuh… hish.
Korang ada pengalaman macam ni ke? Tak tahu le ikut perangai sapa. Aku kecik2 dulu tak macam ni. Daddy dia ke haaaa? Warga WakSalleh sila kemukakan hujah korang… ngeh ngeh ngeh.. :p
2 comments:
macam sedih jer bunyi intro entry sue tu..naper ni..
tak ada apa kak ieja. biasala tu, liku2 kehidupan gitu. hehehe.. ayat tak boleh blah. apepun, life must go on. dun wori ya..
Post a Comment