Pages

10 January 2010

Perihal saya kini

Assalamualaikum..

 

Hidup saya kini semakin sibuk. Hari yang dilalui dirasa seakan semakin pendek. Saya sudah tidak punya masa untuk online. Malah rasanya seakan tidak punya masa untuk diri sendiri.

 

Kenapa? Saya kini sudah bergelar suri-rumah.. hehehehe. Tak percaya? Percayalah embaca sekalian. Penulis blog ini sedang menjalani cuti-tanpa-gaji selama 3 bulan.

 

Maka dengan itu rutin harian saya adalah seperti berikut:

 

6.00 pagi : Bangun subuh, mandi, sediakan sarapan / laundry
7.00 pagi : Kejut anak-anak
7.30 pagi : Sarapan
7.45 pagi : Menghantar En. Suami keluar bekerja setakat ke pintu pagar sahaja…heheh
En. Suami menghantar Nadhirah ke Sek Agama
8.00 pagi : Sidai kain yang telah di basuh oleh mesin pada malam sebelumnya lepas tu kemas umah setakat mana yang sempat
8.25 pagi : Hantar Danial ke Tadika, sambil membawa Danish
8.45 pagi : Ke Sek Agama Nadhirah. Menghantar bekalan makanan dan temankan dia makan. Dia rehat pukul 9.00 pagi.
9.30 pagi : Masak lunch sambil bergaduh dengan Danish yang tak reti duduk diam. Kerja dia adalah membuka peti ais sebanyak 58-kali sehari.. huh!
10:30 pagi : Keluar untuk jemput Nadhirah pulang dari Sek Agama. Dia keluar pukul 11.00 pagi. Saya kena standby awal kat sana, kalo tak parking penuh sbb terpaksa berebut dengan van sekolah dan kenderaan ibubapa lain. Menyampah!
11.15 pagi : Baru le sampai rumah. Suap Nadhirah dan Danial makan, kemudian paksa kedua-duanya tido sebentar. Tujuan utama bagi mengelakkan Nadhirah mengantuk di sekolah sesi petang nanti.
12.15 tgh : Bangunkan Nadhirah dan Danish. Sediakan Nadhirah untuk ke Sekolah Keb.
12.40 tgh : Keluar hantar Nadhirah ke Sek. Keb. Park kereta dan kemudian menapak hantar Nadhirah ke dalam sekolah
1.15 ptg : Jemput Danial di taska kemudian pulang ke rumah. Prepare makanan untuk hantar kepada Nadhirah di waktu rehat nanti
2.45 ptg : Keluar ke Sek. Keb Nadhirah, bersama Danish dan Danial. Nadhirah pukul 3.00 petang
3.00 ptg : Temankan Nadhirah makan,
3.45 ptg : Sampai rumah dan sediakan makan malam. Sambil melayan karenah budak botak 2 orang tu yang kejap2 bergaduh, pastu geng balik. Pastu bergaduh balik, geng balik.. aiyo!!

Angkat pakaian di jemuran. Kalau sempat terus lipat, kalo tak masuk bakul, tunggu lain tahun baru lipat.
4.30 ptg : Layan citer Cucu Betong sampai kul 5.30 petang. Ni je la waktu saya rehat yang sebenar-benarnya…
5.30 ptg : Kerah budak botak berdua tu (Danial & Danish) mandi dan bersiap sedia untuk menjemput Nadhirah di Sek. Keb.
6.00 ptg : Keluar ke Sek. Keb. nak cop parking. Kalau tak jenuh la nak menapak jauh ke sekolah, sambil membawa 2 orang askar tu..
6.30 ptg : Melilau mata mencari mana satu Nadhirah dalam beratus orang murid tahun 1 yang keluar serentak. Parents yang menunggu pun punyerlah ramai, boleh migrain nak lalu celah diorang tu. Macam2 bau, 1 malaysia lah katakan…
7.00 ptg : Sampai rumah dan prepare makan malam sambil menjerit ala-Tarzan menyuruh budak bertiga tu mandi.
   
Makan makan

Cek beg sekolah Nadhirah. Kot2 ada mandat dari Cikgu dia. Makcik sorang ni kadang2 lupa apa yg cikgu pesan.
9.30 mlm : Tidokan anak-anak
    Diorang ni kadang2 liat jugak nak tido. Ada masanya pukul 11.00 malam baru lah diorang lelap. Aduh… gimana sih?

 

Begitulah kira-kiranya cerita seharian saya. Setakat pukul 9.30 malam aje la. Takan selepas tu pun nak bgtau? Melampo la kan…

 

Walaupun penat, letih, stress, tension…

 

Tapi, saya seronok sebab dapat bersama anak-anak saya seharian. Saya tahu apa yang mereka buat, apa yang mereka makan..

 

Saya sewaktu kecil juga begitu, setiap hari arwah mak datang ketika waktu rehat. Jadi apa salahnya saya melakukan perkara yang sama kepada anak saya pulak. Sila jangan mempertikaikan keputusan saya untuk bercuti-tanpa-gaji itu. Eh, tapi ada elaun tau dari En. Suami.. Sorgaaa!!! haahahahaha

 

Sekian.

10 comments:

Anonymous said...

apa kata ko bawak sekali lunch antar kat seremban.. hahaha gurau jer

Mami-Sue said...

apakata ko datang lunch kat umah aku? serius ni, takder gurau-gurau.. heh, ada berani?

=P

HazlisaNoor said...

jadual ko lebih kurang cam jadual aku jer..cuma akak kerja ko tak..tu jer yg akak jeles..hehe

Kak Jay said...

Emmm...packnya masa Sue. Kalah masa keje kan...

idhassan said...

perghh..sibuknye..tak dpt aku gambarkan camna kalo anak aku dh 2-3 org..ni kalo sub kt amah pun tak terlarat dia ek...hehehe...
Apapun lakukan yg terbaik utk family anda.....

Mami-Sue said...

Mama Ieja:

Jeles? Jom ler join jadi suri rumah sepenuh masa.. Boleh kita tubuhkan persatuan pulak nanti. huhuhu

Kak Jay:

Baru 2 minggu, masih belum dapat sesuaikan diri. Insya allah lepas sebulan nanti rilex sikit kot. Doakan Sue ye!

Hassan:

Tu pasal la aku tak ambik amah. Takut nanti tak sampai seminggu amah aku dah lari. Bukan sbb aku dera, tapi anak2 aku yang buli...heheh.

Thanks atas ucapan korang semua.

Anonymous said...

jadual tidokan bapaknye tak tulispun....?

Mami-Sue said...

Anonymous:

Itu pun ko nak tahu jugak ke? Very the kepohchi ko ni yer.... heh.

Hasbuna said...

24hr job, stress level high, low pay but satisfaction gerenti 100% and...tak yah susah2 pegi gym, tah brapa km jalan sehari, kan?

Mami-Sue said...

hehehe.. betul, betul, betul. mmg sidek pun cakap mcm tu (part pergi gym tu la). walau letih mcm manapun, tetap berpuas hati. nak cari supplement penambah tenaga pulak..