Pages

12 January 2010

Saya telah di P.O.W!

 

 

Satu hari, ketika lepak di kantin menunggu Nadhirah menghabiskan makanannya.. saya telah dihampiri oleh seorang murid perempuan. Di tangannya terdapat secawan kentang goreng (fries) yang dibeli di kantin. Tiba-tiba, budak itu bertanya kepada saya, “Autie, berapa harga mufin kat situ?”. Saya menjawab “Entah, mungkin RM1.00 agaknya.”.

 

Dengan tidak semena-mena budak itu pun berkata “Auntie, nak singgit! Saya nak beli mufin.” Saya terkejut. Wah, budak2 zaman sekarang. Memang berani betul. Mintak duit dengan orang yang tidak dikenali pun selamber aje. Hmm…

 

Saya tanya “Duit awak mana? Berapa ringgit mak awak bagi?”. Dia pun jawab, “Mak saya bagi seringgit, tapi dah habis saya guna buat beli fries. Tapi sekarang ni saya teringin nak makan muffin…”

 

Alahai… kesian pulak saya dengar. Saya pun menghulurkan RM1.00 kepadanya dan berpesan agar berkongsi muffin tersebut bersama kawannya. Dapat je duit, budak tu pun berlari menuju ke tempat jualan…. seronok sangat nampaknya.

 

Habis cerita.

 

Pagi tadi pula, kisah yang hampir sama berlaku. Tapi di sekolah pagi. Waktu duduk di kantin menemani Nadhirah makan.., datang seorang budak perempuan.Duduk memerhati Nadhirah yang sedang makan sosej goreng (beli kat kantin).

 

Tiba2 budak itu bersuara, “Auntie, nak duit! Nak beli sosej!”. Saya tanya mana duit dia. Dia kata dah habis.. Saya pun hulurla duit 50sen kat dia buat beli sosej. Oleh kerana ini kali ke-2 saya di pow, saya pun pesan, “lain kali jangan suka-suka mintak duit dengan orang ye... tak elok macam tu. Duit yang ada tu belanja dengan betul”  Bukan apa, saya takut dia salah faham. Meminta memang la lebih elok daripada mencuri. Tapi jangan sampai terlalu berani sehingga meminta duit dari orang yang tidak dikenali. Bimbang ada yang mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak begini..

 

Itu sahaja kisahnya. Kena pow dengan budak darjah 1. Jangan salah paham, saya bagi ikhlas. Sekadar nak berkongsi cerita kisah anak-anak kita di zaman sekarang. Terlalu berbeza dengan zaman saya dulu.

 

Err, muka saya ni memang nampak muka oghang kaya ehhh??? hahahahaha…

Ingatkan dah cukup selebet dah aku ni…

6 comments:

idhassan said...

Sue ni muka pemurah....hehehe...tak sangka budak2 zaman sekarang ni baiknya adab dan sopan...kalo la yg bagi duit tu orang jahat@pencolek ke...mybe dia ingat antie sue mcam mak dia kot.ada ciri2 keibuan....
pelik2 budak2 zaman skrg le ni...

k.long mami SUE said...

Pengalaman ni mmg biasa kat sekolah..mana2 parents yg biasa tnggu anak kat kantin akn jumpa situasi mcm ni..akupun dh rasa..pnglaman aku lak ada gak budak yg mnta $ sbb $ dia sndri betul2 ilang..okla lg..tngok muka pun blh tau dia cakap betul ke atau tipu..
tp yg tak tahan tu ada budak2 yg berani minta sbb mmg dia menipu,katanya mak ayh mmg tk bagi langsung,mula2 aku bagi la jg sbb pkir bdk2 baru drjah satu,kesiankan..pas tu kalau dh hari2 muka yg sama gak minta apa kes pulak?Mesti ada yg tk kena..rupa2nya baru sedar bila ada parents lain nasihatkan aku spaya tak bagi lg sbb mak pak bdak tu mmg org senang..kaya raya bnyak duit..Huh..terkejut aku d buatnya..so mcm cara ko gak la aku buat..cuma bg nasihat jgn suka minta2 kat org..tak baik..huhu..
Ada ke muka aku pun mcm ORG KAYA gak mcm ko..???Hahaha..sapa nak jawab.. :-)

Anonymous said...

kaya bulu ketiak

Mami-Sue said...

betul ape yg korang cakap. setakat hari ni aku tak ter'kena' lagi. alhamdulillah.. cuma next time aku kena bawak bekal nadhirah lebih sikit, sebab ramai yang nak tumpang sekaki.. ok le kan.

cis.. kaya bulu ketiak?? hampeh le ko. nak aku tunjuk ke ladang bulu ketiak aku?? hahahaha...

anne rafei said...

hehehe.. ada eh camni? comel aje bebudak ni mintak duit kat org len. eh.. comel ke? heheheh... berdebar pulak nak tunggu anak masuk sekolah tahun depan. kot nanti habis satu kantin saya belanja. kehkehkeh

Sue said...

sue.anne.na,

bersiap sedia dengan perang emosi. tak sampai hati melihat anak2 lain merenung bekal yang dibawa untuk anak kita. iskk..

belanja satu kantin, boleh jugak. tapi esok2 diorang dah mark muka awak. takut kena kejar...hehehe