Masuk bulan ke-2 bersekolah tadika, Danial sudah menunjukkan perubahan. Tidak lagi susah seperti dulu jika suruh dia siapkan homework. Dah boleh ambil beg sekolah sendiri dan duduk di meja.
Walaubagaimanpun, perlu setia berada di sisinya ketika dia membuat kerja sekolah. Jika tidak, cikgu suruh buat mukasurat 10, dia buat mukasurat lain yang sukati dia nak pilih. Ada satu hari tu, aku tinggalkan sekejap. Bile datang semula, tengok Danial sedang rancak menconteng buku sekolahnya sambil berkata:
Mummy!!!! Abang buat gambar PUTING BELIUNG…!! Sambil tersengih seperti kerang busuk..
Aduh, istighfar panjang aku masa tu. Habis satu muka surat gambar puting beliung dia lukis. Jenuh la aku nak explain kat cikgu dia.
Di hari yang lain pulak, Danial dan Danish makan honey star. Aku perhatikan dari jauh je. Tiba2 dengar Danial kata: “Macam ni la Dik…” sambil menunjukkan sebuah adegan yang tak ingin kita lihat. Danial selitkan sebiji honeystar ke dalam lubang hidungnya. Bangga menunjukkan pencapaiannya itu. Adik pun try buat jugak. Lepas tu dua2 ketawa… dah puas ketawa, diorang keluarkan honey star dari lubang idung tu dan NGAP masuk mulut… hahahahaha. Ni aku pulak yg ketawa sambil kembang tekak…
Satu hal lagi, kat dalam toilet. Danial dan Danish mandi bersama. Happy semacam. Bil aku intai, budak berdua tu buat projek pulak. Jacuzi tapak kaki… korang nak tahu camana? Danial tarik flush toilet, pastu diorang berdua hulurkan kaki dalam toilet bowl tu.. seronok agaknya bila kaki tu kena air yang mencurah2 kat dlm bowl tu..
Huh… sorang sedas dapat penangan kat bont*t.. macam2 idea pelik2 Danial ni. Agaknya inilah hasilnya bile banyak sangat tgk cerita Mr. Bean..
Sekian.
2 comments:
hahaha...susah aku nak komen part ni..rasa pedih ulu hati aku pun tak hilang lg...sbb bnyak ketawa..aku sokong DANIAL dan DANISH..teruskan dgn xtvt yg baru lps ni..go Danial,go Danish....!!!!!!!
hehe.. bagus sangat le ucapan ko ni. tunggu aje la, sikit hari nanti adalah aktiviti pelik lain yang dia buat. aku kena standby kamera 24jam.
Post a Comment