Pages

31 October 2009

Cara Membuat Pop-Corn

*Update: Rupa-rupanya ramai yang tidak percaya saya membuat pop-corn ini sendiri. Ada yang ingat saya cilok gambar2 di bawah ini dari internet..hehe. Maka dengan ini saya ingin membuat pengakuan, bahawa memang saya masak sendiri pop-corn tu. Silalah percaya.. :P Lepas ni saya akan masukkan gambar ratu pop-corn saya iaitu Nadhirah sebagai bukti..hehehe

IMG_7239 Mula-mula harus ada jagung kering, bahan utama.

IMG_7240

Panaskan lebih kurang 4 sudu minyak masak sebarang jenama dan juga satu sudu besar marjerin/mentega juga sebarang jenama.. :)

IMG_7242

Bila mentega/marjerin dah cair kesemuanya masukkan jagung kering

IMG_7243

Kemudian sila pasangkan penutup periuk anda, supaya budak pop-corn itu tidak sesuka hati melompat keluar periuk

IMG_7246

See.. jagung kering tadi telah transform dirinya kepada sebutir pop-corn yang enak. Masa jagung tu pecah memang bunyi POP!! Sumpah tak tipu.. patutla namanya pun Pop-Corn. Jagung meletop.

IMG_7251

Bila sumer budak2 jagung tadi sudah habis melompat, maka sudah siaplah pop-corn anda. Tapi lebih enak jika disaluti caramel.. jom buat karamel pulak.

IMG_7250

Di bekas lain, masukkan lebih kurang 5 sudu besar gula dan 1 sudu besar butter. Panaskan di atas api sederhana agar gula tidak hangus.

IMG_7253

Perlahan-lahan gula tadi akan mencair. Perlu diingat, tidak perlu letak air untuk membuat karamel. Jika tidak pop-corn anda nanti akan lemau dan liat.

IMG_7254

Ini la rupa karamel yang telah siap

IMG_7255

Masukkan pop-corn tadi ke dalam karamel tadi dan gaul rata.

IMG_7259

Tada!!!!!!!!!! Sedia untuk dimakan.

Seronoknya, dah berjaya membuat pop-corn sendiri. Jika dulu terpaksa membeli di GSC, saiz besar berharga RM6. Mahal tu. Padahal kos aku beli jagung kering tu tak sampai RM2 pon.. heheh.

30 October 2009

Semoga sihat dan berbahagia hendaknya

image Credit to: http://web.njit.edu/~as423/SunRise.jpg

 

Salam,

Insya Allah malam ni saya akan pulang ke kampung. Menziarahi sepupu En. Suami yang disahkan menghidap kanser hati. Mengikut kata doktor keadaannya agak kritikal. Harap  pembaca semua dapat doakan agar beliau kembali sihat seperti biasa.

Ahad (1 Nov 09) pula Walimatul Urus sepupu saya di Jeram, Selangor. Besar kemungkinan kami tidak dapat menghadiri majlis tersebut. Rasanya adalah lebih baik kami berada di Muar bagi memberi kata-kata semangat bagi pesakit dan keluarganya. Insya Allah kami akan menolong apa yang termampu. Saya merupakan penggemar masakan sambal tempe ibu pesakit @ Makcik Sal. Sabar ye Cik Sal, pasti akan ada sinar untukmu di hari esok…

Dua keadaan yang amat berbeza. Sebelah pihak dirundung malang, sementara sebelah pihak lagi sedang bergembira menyambut ahli keluarga baru.

Walau apapun saya mendoakan kebahagiaan kedua-dua sepupu saya dan En. Suami. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah, diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta berbahagia selalu.

Sekian.

28 October 2009

Jom pi PD

Seronoknya dapat bermandi manda di PD. Dari rumah lebih kurang 40min jika jalan clear. Bertolak pukul 4.30ptang, 5 lebih dah sampai.

 

Air dah bersih sikit berbanding dulu. Boleh nampak sekumpulan ikan berenang-renang di dalam air. Tapi anak-anak ikan ajela. Budak 3 orang ni sangat excited sebab merdeka dapat bermain pasir dan air tanpa halangan. Selalu kat rumah asyik kena marah ajer.. hehehe.

 

Danial takut nak masuk air. Dia dan Nadhirah banyak habiskan masa bermain pasir. Nasib baik dah bawak beach toys siap2 dari rumah. Kalau beli kat sana, alamat berganda-ganda la harganya.

 

Danish lah HERO kat sini. Nak berendam aje kerjanya. Taknak dok dalam pelampung pulak tu. Nak jalan sendiri, even air dah takat dagu dia. Siap boleh main lompat2 dalam air. Sekali tu dia tenggelam.. tak panik langsung. Rilex jer, boleh ketawa-ketawa lagi.. hehe. Ikut perangai sapa lah ni?

 

Tengok gambar jom!

 

IMG_7160

Oleh kerana terlalu excited, turun aje kereta Danial dah gali pasir kat tepi kereta tu. Adeh, pantai belah sana la nak oii.. Sabar le. Takder pun orang buat istana pasir kat tempat parking ni…

 

 

 IMG_7161 Sampai aje tepi pantai, apalagi. Mula lah operasi bob the builder mereka.

 

 

IMG_7163

Alamak, terlupa nak bawa seluar pendek Daddy. Sori yer..

 

IMG_7164

Daddy dan Danish on the way ke kedai membeli seluar pendek

 

 

IMG_7166

Daddy jangan risau, Danial taknak beli apa-apa. Dapat main pasir ni pun dah cukup bersyukur dah.. hehe

 

 

IMG_7171

Gambar dari kejauhan. Danish berjaya menge-pow Daddy pelampung itik. Dok dalam tu cuma 10minit aje. Tak thrill katanya.

 

 

IMG_7173

Praktis berenang kat sini dulula.. Kalau kat dalam air nant fish gigit bont*t kita..

 

IMG_7174

Kakak pun samer

 

 

Tak lama selepas kejadian di atas, aku pun join sekali aktiviti bermandi-manda. Mana boleh tahan, orang lain seronok sakan, aku kesana-sini kepit handbeg sambil mengambil gambar. Tidak adil begitu. Maka ketika di dalam air, tiada gambar yang dapat di ambil. Tunggu aku beli water resistant camera pulak ye.

 

Puas mandi, kita naik speed boat pulak.. yeay!

 

 

IMG_7189

 

IMG_7187  Gila laju speed boat tu. Sumer excited kecuali Danish yang diam tak bersuara. Muka pun macam takder perasaan. Takut betul dia. hehe.. takper, Selalu naik nanti,okeylah tu.

 

Gambar-gambar ni pulak ketika perjalanan pulang.

 

IMG_7202 IMG_7203IMG_7201 Semua ketiduran kepenatan…

27 October 2009

Perodua MPV

 

Semalam dah tayang Honda, hari ni nak tayang Perodua pulak.

Jom tgk gambar…

 

Hmm, yg ni tak nak masuk dalam wish-list la.

Tapi kalau orang bagi free, terima dengan penuh rasa kesyukuran.. :o)

 

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

 

Dengar cerita nak launch bulan depan (November 2009). Exact date tak tahu bila. Sama-sama kita nantikan.

 

*Pic credit to beautifulnara.com

26 October 2009

New Honda Accord

 

Cantik jugak. Boleh masuk dalam wish-list 2011 nanti.

:o) Mana tahu dpt duit terpijak…

 

 

image

image

Dari belakang nampak mcm City

 

imageDari tepi macam Civic sket

 

image

image

image

Apapun tetap best.. Accord la katakan. Sapa taknak??

Gambar tak boleh blah… :P

image

 

Mahal betul gambar ni. Priceless! hehehe

23 October 2009

Mari mentertawakan diri sendiri

Hari ni saya nak tulis cerpen, kisah benar. Baru je berlaku semalam. Semoga menjadi panduan untuk anda semua.. isk..isk..isk!

 

Semalam, pulang dari pejabat saya tidak terus ke taska menjemput anak2 seperti biasa. Sebaliknya terus ke rumah untuk menyimpan barang yang saya beli ketika makan tengahari pada hari itu.

 

On the way ke taska, saya terpandang sebuah van buruk yang penuh dengan durian. Sambil di tepi jalan berdiri beberapa orang pemuda ca ya nun alif memegang durian tembaga yang sungguh mengiurkan. Saya membuka tingkap lalu bertanya:

 

 

Saya

:

Berapa sekilo?

Ca Ya Nun Alif

:

RM6 ada, RM9 pun ada

Saya

:

Haiya, mahal gila!

Ca Ya Nun Alif

:

Ini elok punya ma.. Pahang mali. Tembaga. Isi banyak tebal, biji nipis.

Saya

:

Hmm, nantilah. Sekejap lagi. Saya mau jemput anak sekolah dulu.

Ca Ya Nun Alif

:

Ok, nanti saya tunggu depan rumah kakak.

 

Dalam perjalanan ke taska, saya menalipon En. Suami bertanyakan hal tersebut. Jawapan beliau:

 

“Huii.. mahalnya. JANGAN BELI. Sebiji boleh sampai 2kg tau. Kalau nak nanti kita cari aje kat Gia*nt. Jauh lebih elok sebab dah siap packing.”

“Hmm, Okey!”

Sesampai di rumah, Ca Ya Nun Alif tersebut telah pun menunggu saya. Macam mana ni ye? En. Suami pesan, jangan beli. tapi diorang pulak dah standby. Takut pulak nak say No. Jadi saya buat keputusan untuk membeli buah yang paling kecil yg berharga RM6/kg.


Saya minta mereka membelah semua pangsa untuk melihat isinya. Ok, pass! Takder yg busuk. Kuning, nampak menarik. Tapi saya tak sentuh, khuatir tangan tidak bersih. Timbang, 1.5kg. Wah, kecik tapi berat juga. Maka saya perlu membayar RM9.00 untuk harga sebiji durian yang bersaiz sederhana itu. Tak sabar nak makan, sambil dalam hati berdoa janganlah aku di kelentong oleh Ca Ya Nun Alif tu.



Saya menyeru semua anak2 saya untuk bersama mengerjakan raja buah itu. Semua menderu berlari ke arah saya. Sememangnya mereka adalah hantu durian seperti saya. hehehe..


Bismillah… Saya pun mula mengopek pangsa yg pertama.

Nahhhhhhhhhhhhhhhhhh….! Isinya benyek, sehingga terlekat ke pangsa tersebut. Basah dan berair. Kelihatan seperti sudah lama. Rasa?? Tak sedap langsung. Tawar. Durian begini hanya layak dibikin tempoyak..

ARGH.. aku sudah terkena. Patutla tadi selepas membayar RM9.00 si Ca Ya Nun Alif itu dengan pantas menghidupkan enjin van mereka dan berlalu pergi. Busuk betul hati mereka.

 

Moral of the story, lain kali sila dengar dan ikuti pesanan penaja suami anda. Jika tidak, rasain kamu!!. huhuhu.

 

*En. Suami tak tahu langsung citer ni. Lepas mkn, cepat2 saya buangkan kulitnya ke dalam tong sampah besar di luar rumah bagi menghapuskan bukti.. hehehe.. keji..keji.

21 October 2009

Berwajah baru

IMG_6992

Terima kasih En. Suami kerana telah menceriakan laman kami. Sampai sakit-sakit pinggang dia.. kesyian!

Penutup Syawal

 

Niat untuk menjamu rakan-rakan dan jiran tetangga termakbul jua. Terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi hadir:

 

  1. Kaklong sekeluarga
  2. My Lovely ABAH
  3. Abg Ngah sekeluarga
  4. Ninie + Amril (Ninie = kawan kamceng sejak sekolah rendah)
  5. Pak Rano (Jiran belakang umah)
  6. Kak Siti & keluarga
  7. En. Faizal & Keluarga (jiran belakang rumah juga)
  8. En. Rozin (Jiran sebelah rumah)
  9. Kak Hasbuna sekeluarga (jiran depan rumah)
  10. Azila Sekeluarga
  11. Azhar Sekeluarga
  12. Azahari Sekeluarga

Menu hari itu adalah:

  1. Laksa Penang
  2. Spagheti Meatball
  3. Blueberry Muffin
  4. Chocolate Muffin
  5. Puding kastard + koktel
  6. Air resepi rahsia dari Chef Mamat

 

Kepada yang tidak hadir, tak mengapa. Kita jumpa di lain masa.

 

Jom tgk gambar..

 

Tetamu pertama:

 IMG_6964 IMG_6953 IMG_6955

 

Tetamu seterusnya:

 

IMG_7076 IMG_7077 IMG_6966  IMG_7018 IMG_7016IMG_7028 IMG_7035 IMG_7038 IMG_7039 IMG_7040 IMG_7042 IMG_7046 IMG_7051 IMG_7054 IMG_7062 IMG_7065 IMG_7069 IMG_7072 IMG_7074

 

 

 

Hidangan:

 

 IMG_6957  IMG_6983IMG_6985  IMG_6984  IMG_6981 IMG_6982

Daa… mau balik. Singgah pasar malam. Bye!