Pages

13 July 2009

Durian Runtuh @ INFRA

AMARAN: Entry ini mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang pembaca alami setelah membaca entry ini. Sila kawal emosi dan perasaan anda ketika menatap gambar yang dipaparkan.



Tu dia... selori orang tu bawa.. Mekasih la ye encik. Macam tau-tau je mlm semalam saya mimpi makan durian..


Pergh.. dreams come true! I lap u lah pakcik.. heheh. tetiba pulak..


saksikanlah donia.. kuning tu...


acara membelasah durian beramai-ramai oleh kakitangan infra. hampir kesemua lupa diri bila mengadap raja segala buah itu.. hahaha.. ampun ye!


Boss sampai lewat ke tempat kejadian. Tu sumer sebab staffnya dah lupa diri bila nampak durian.. bilik bos belakang dia pun lupa nak ketuk... sapa tu?? heheh.. sendiri mau ingat..


Amboi, mentang² durian tengah banyak, korang memilih pulak yer. Buah yang cenggini sumer dipandang sepi.. kejam..kejam!

tapi bila dapat yang sleeping cat macam ni, sumer SERBU..
heheh.. aku pun sama la tu

Orang tua² kata, lepas mkn durian mesti buat mcm ni. Utk sejukkan badan.
Aku pulak kata, kalo nak sejukkan badan.. naik atas g minum air sejuk. Tak pun cari le air Badak.. komfem sejuk badan tu!! heheh


Habis madu sepah dibuang.. cis..cis!
Aku nak tolong bersihkan tadi, plastik sampah pulak takder.. maka aku pun meninggalkan tempat kejadian dengan harapan orang yang membersihkannya nanti tidak le maki hamun kami.. heheh

No comments: