28 July 2009
Angkara 20sen...
Salam..
Amboi, lama gila tak ber update.. Sori la yer. Dok kat opis baru ni, kena usha line dulu. Takleh nak tunjuk taring, kang kena tendang keluar naya jer..hehe.
Ok.. mari kita mulakan ruangan gossip Cik Kiah Kecoh..
Kitorang kat umah ni dah 2 bulan tak tengok astro. Since ada kerja2 penambahbaikan kat umah, tv telah diangkut ke tingkat atas. Maka atas inisiatif hubby, dekoder astro juga dialihkan ke atas. Wayar cuma lalu kat tingkap, untuk sementara je kan.. ape kes nak tebuk menebuk lobang pulak.
Semuanya ok masa tu, boleh je layan astro.. cume yang payahnya, kena tgk kat atas. Menjadi sedikit masalah ketika aku nak masak kat dapur, budak 3 orang tu sumer kat atas. Askar aku yang 2 orang tu tak boleh di jangka. Silap2 boleh banjir tingkat atas ni, kalo diorang dah berkubang dalam bilik air tu.. Maka aku terpaksa menggunakan khidmat penyampai maklumat, iaitu Nadhirah. Kejap2 aku terpekik mcm ni "Kakak..!! Danish & Danial buat apa???!" Korang bayangkan, aku kena ulang menjerit ayat tu setiap 15 minit.. adoi.. macam tarzan dah ni. Mungkin penyelesaian terbaik masa tu adalah untuk memindahkan sekali dapur gas aku nak ke atas.. heheh
Sehinggalah pada satu hari, Astro aku takder signal. "No service is currently available.. bla.bla..bla" Ish.. apehal pulak ni? Mula2 ingatkan sebab hari hujan, maka tiada servis. Tapi bile matahari dah tegak atas kepala pun, keadaan masih sama.. so bukanler sebab hujan. Kemudian kitorang mula menuding jari kepada pekerja2 indonesia yang kerja kat luar umah. "Agaknya diorang ni ada usik kuali astro kita.. ntah2 diorang dah terpotong wayar astro kita.. " dan berbagai2 spekulasi lain. Aku sendiri telah menjadi suspek utama kes ni . Sebab, ada sekali tu aku tutp rapat2 tingkap yang menjadi laluan wayar astro tu. Dikhuatiri wayar tu tercedera dari dalam.. tak nampak dengan mata kasar...
Tension bila astro takder. Bukan apa, susah sket aku nak handle budak2 ni. Selalu tu diorang akan terpaku depan tv melayan Little Einstein, Dibo, Mickey Mouse Clubhouse dan lain2.. Masa tu la aku gunakan untuk bersilat kat dapur sediakan mkn malam. Bile sumer tu dah takder, maka diorang mula bermain mainan. Bermain=bersepah. Bila umah dah bersepah mulalah, suara cik Ponti aku pun keluar.. dah main, bukan reti nak kemas. Aku asyik la tersepak mainan diorang.. hadoi, menguji kesabaran aku yg memang tak sabar ni!
Nak mintak astro repair, rasa rugi pulak. Yelah, sekali datang je diorang caj RM50. Itu belum tukar barang lagi. Memang cekik darah betul. Aku try mintak tolong kat husband Kavitha. Tapi timing kitorang tak kena.. bila aku free, si Ganesh keja. Bila diorang free, aku pulak takder kat umah. Hmm, takder rezeki nampaknya nak jumpa si Ganesh tu.. :P
Aku dah hilang sabar ni.. aku amik gunting, ZASSSS aku potong wayar astro tu. Kononnya, bila dah potong dapatlah sambung sendiri, guna salotape ke, masking tape ke.. rupa2 tak boleh.. hahahaha.. mari gelakkan diri sendiri.
Akhirnya, semalam aku terpaksa juga call astro. Mintak technician datang tengok. Selang 2-3 jam pastu sampaila technician diorang ke umah aku. Dia kata kalo reconnect wayar yang putus tu, takder caj apa2. Cuma RM50 tu je. Aku pun lega. Tiba2 hubbby aku pulak nak split astro ke tingkat bawah.. aduiyai, kena tambah pulak lagi RM50. Dah jadi RM100.. takperla, esok2 senang la kalau ada tv 1 lagi kat bawah..
Bila diorang habis je buat wayering, cuba lah ON kan astro tu.. keadaan masih sama. NO SIGNAL. Aku dah pelik.. ape hal pulak ni. Suspek kuali astro prob kot... gi godek2 kuali astro tu, ok pulak. Takderla longgar ke, bengkok ke. Last2 technician tu gi amik dekoder lain dalam kereta dia utk test, kot2 dekoder aku yg problem.
SAH!!! Memang dekoder aku yg bermasalah rupanya.. bukan pasal wayar mahupun pasal kuali astro. Sekali dia goncang2 dekoder aku tu, ada bunyi duit syiling.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Bila masa pulak dekoder astro aku berubah jadi tabung pulak ni?? Aku tak percaya, aku amik dekoder tu, pastu tonggeng kan dia.. maka jatuhla syling 20sen cam gambar kat atas tu.. Uwaaaaaaaaaaa.. nak nanges pun ada, nak marah pun ada, rasa nak terjun sungai pun ada..
Aku dah boleh agak sapa suspek utama dalam kes ni. Tak lain tak bukan adalah DANISH. Dia ni memang minat menabung. CD player kereta aku pun dia dah masukkan, ntah baper sen aku tak tahu. Tapi memang takleh nak pasang CD dah. Pastu, kat radio kereta Atok Salleh pun dia dah buat, cuma kitorang dapat keluarkan balik sebab masa dia buat tu kitorang ada kat situ. Kat radio innova pun samer gaks.. tapi dia tak masukkan syiling, dia cuba masukkan kas touch & go.. Sib baik le kad t&g tu besar. Kalo sama saiz macam sim kad, tak selamat innalillah le radio tu...
Okey, sambung balik kes astro aku tu. Oleh kerana dekoder aku dah rosak, maka perlulah dihantar repair. Kos repair pulak adalah RM80. Kalu nak beli dekoder baru, RM200++. Aduiyaiii, Danish.. Danish!!! Lari budget mak ko bulan ni nak..
Nasihat aku, kepada korang yang mempunyai anak seusia Danish, dah sebijak Danish.. korang tampal la lobang smart card astro yg ke 2 tu.. jangan dibiar melopong. Nanti ada pulak entiti2 yang tak diperlukan bertapa dalam dekoder korang..
Sekian alkisah 20sen..
* dari aku yang tensen. Tak pasal2 pekerja indonesia kat luar tu kena tuduh.. isk, kena mintak maaf le japgi. Camner nih??? heheheh.. bg kad raya je boleh tak??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
hahahaha..lawak betul rasa nak pecah usus perut aku ni danish oi....Maminyapun susah2 belikan je la tabung banyak2 utk Danish,real punya tabungla..biar dia blajar menabung ikut saluran yg betul...bukan ikut saluran astro...tekan cannel mana2pun susah nak dapat.. :-)
hehehe.. betul jugak tu kan. terlupa nak belikan dia tabung. bulan 1 tahun depan korang pakat ramai2 belikan hadiah tabung yer.. besday dia bulan 1 tu..
citer dia biasa2 jer ragam anak..tapi olahan mami sue yg buat cerita ni menarik..SYABAS!..hehehe
mama ieja, mekasey..mekasey. nantikan kemunculan karya saya di pawagam berdekatan.. hehehe
huhuhu... citer kau nie sue membuatkan pokcik terkonang zaman 80an ... iklan menabung BSN tu... "Anak Kau ke Mat, Cerah Mase Depan" ... cume zaman skrang nie ditukar pada iklan gelang AC Mizal lak...tp still dialog yg same... huhuhu...
eeeeeeeeemmmmmmmmmm,ini masalah astro rupanya.... bukan sebab wayar la yer... bila kak sue potong wayar bertambah rumit la ya....nanti i nak citer ngan ganesh mesti dia gelak... sib baik la.... dia tak datang rumah kalau tak mahu dia perli aku teruk teruk...hjuhuuhu... ada hikmah disebalik apa berlaku selamat kavitha dari bulian org hahahahaa....ingat kan danial ajer pelawak.... rupanya danish...... emmmmmmmmm lagi kelakar.... diam diam ajer.
bagus kan, anak2 sidek suka menabung. tapi mak dia pulak suka pecah tabung.. hahaha.
Post a Comment