Pages

08 June 2010

Kayu Coki

Image0086*Kualiti gambar kurang memuaskan kerana menggunakan kamera talipon

Danial kata kayu hoki = kayu COKI
Macam nama cekelat pulak. Coki-coki enak sekali, Coki-coki adik gemari!
(saper tahu lagu tu? eheh..)

Asal kewujudan kayu coki itu adalah untuk standby kat rumah di kala kecemasan.
Dalam ertikata lain sebagai senjata. Tapi bila Danial nampak je, terus dia nak.

Kejap kayu coki tu jadi tongkat, pastu jadi senapang, pastu jadi kayu hoki, paling best jadi bantal peluk macam dalam gambar.
Sayang sangat dengan kayu coki dia tu.

Sorry dear, mummy terpaksa sorok kayu coki awak.
Sebelum ada antara kita yang cedera, sebelum ada cermin yang pecah..
Lokasi kayu coki?
Biarlah rahsia..

:)

2 comments:

WGS said...

aduhhhhh.... kat mana kayu coki aku tu haaaa.... nanti bile kecemasan mengelabah pulak cari....

Sue said...

Jangan risau. Balik nanti Sue bagitau Abang. Tak boleh tulis kat sini, nanti orang lain tahu tempat rahsia tu.. :p