Pages

12 August 2009

Hambik ko!!

Ingat lagi tak kisah astro bulan lepas? Sudah nya, kelmarin aku telah membuat laporan polis berhubung 1 kejadian yang tidak diingini. Nasib la kan, sape suruh menipu. Berlagak pulak tu. Mangkuk punyer orang. RASAIN KAMU...!

Lepas 3 hari dekoder astro di bawa pergi.. mamat tu call. Bgtau harga utk repair adalah RM148.00. Aik? Hari tu kata RM80 lebih jer. Apesal mencanak-canak pulak naiknya? Aku dah pesan siap2, sebelum repair bgtau aku dulu harganya, supaya aku boleh buat keputusan nak repair ke tidak. Ni tetiba call suruh aku bayau RM148. Gila la.. aku takmo. Aku kata aku nak balik dekoder tu. Tak jadi repair.. baik register baru, cuma RM50 jer. dapat set baru dari remote sampai la kuali.. hehe

Dia janji nanti dia hantar. Hari berganti hari.. tak hantar2 jugak. Call pejabat, macam2 alasan yang diorang bagi. Dekoder aku ada kat servis center la, tak tahu technician mana yang datang la, suruh call boss diorang sendiri la.. Aik? Banyak cekadak pulak. Sape customer ni? Aku ke dia? Setahu aku customer is always right.. Bukan tu aje, kebanyakan operator pompuan kat opis diorang tu kurang ajar. Siap marah2 aku lagi, padahal aku punyer la cakap lemah lembut. Yela, kalo aku marah nanti langsung diorang takmo layan. Worst part is, aku tgh bercakap.. diorang letak talipon.. BAGERO punyer manusia. Apa punye customer service ni??

Untuk pengetahuan korang, no talipon orang repair astro tu aku dapat dari sticker yang ditampal di dekoder aku. Aku ingat kan mmg itu wakil astro. So aku call la no tu tanpa syak wasangka.. nak tahu no dia??..... 012-2866523.... kalau la korang terjumpa no ni kat astro dekoder korang, sila la hapuskan. Takut nanti korang pun jadi mangsa macam aku.

Sudahnya, dekoder aku tak dapat sampai ke sudah. Aku call astro customer service utk report benda ni, tapi diorang takleh nak buat apa. Kompeni tu bukan under Astro. Astro suruh aku deal sendiri ngan kompeni tu utk dapatkan balik dekoder aku. Kalau takleh juga, buat report polis. Then faxkan report tu ke Astro utk siasatan.. Astro akan gantikan dengan set baru tapi dengan sedikit caj.. sedikit ke?? aku rasa banyak gak tu.. lantak le. Janji ada...

Dan semalam, aku dah bg kat astro laporan polis tu. Astro bekukan sementara akaun aku. Utk mengelakkan dari disalahguna. Aduhaiiii.......malang tak berbau kan?? Masa ni la baru terpikir apesal aku tak snap gambar mamat 2 eko yang datang umah aku hari tu? Tak terpikir langsung. Dah le aku mintak resit, dia kata takder. Aku pun konfiden aje bagi diorang keluar rumah sambil membawa dekoder aku, dan upah memanjat siling RM100 hanya utk betulkan wayar astro yg aku dah gunting tu.. Argh!!! Stresssssssssssssssss nya aku.

2 comments:

de 'kool said...

kita xpakai astro, citer yg kat tv biasa ni pun xabis nk tgk. lg pun, astro byk ulang tayang citer sama...

mami-sue said...

cengko, kita pun bukan tgk sangat astro tu. tapi ninja2 yang 3 orang tu la. takder chanel cartoon, diorang pulak jadi kartun kat rumah.. tak tahan guwe!! hehehe..