Alhamdulillah,
Hari ni sudah masuk hari ke-5 umat Islam menjalani ibadah puasa. Setakat ni puasa aku masih penuh, belom kantoi lagi. huhu.. Cuaca sehari dua ni pun, ok. Tak panas sangat. Just nice!
Apa menu berbuka korang hari ini? Untuk kaum ibu mithali mcm aku ni, sememangnya pening nak tentukan menu berbuka. Itu kalo masak sendiri la. Kalo nak lauk tunjuk, senang aje.. semua di hujung jari. Singgah aje la kat pasar ramadhan petang nanti..
Puasa #1: berbuka di Muar. Menu macam2, ada yg masak sendiri dan ada yg beli.
Puasa #2: masih di Muar. Kali ni aku pulak jadi chef. PaksarelaSukarela masak kari ikan.. rasa?? Not bad lah kot.. takder komplen. Cuma kurang masin.. nama pun puasa kan???
Puasa #3: di bsp. Menu ikan jeket ngan sambal tempe. Simple sajork!
Puasa #4: Hubby beli juada berbuka kat pasar malam. Sib baik sedap! Selamat aku tak payah masak!! hahaha
Puasa #5: Harini tak tahu nak masak apa.. budak2 pun macam tak berapa selera nak mkan since diorang batuk2.. Nak kena guna khidmat pakcik Google nampaknya., untuk mencari resepi yg best2..
Isk, baru pukul 2.47pm. Perut aku dah berkeroncong. Tak berdisiplin betul la. Padahal sahur tadi dah sumbat macam2.. masih lagi nak berbunyi.. Aku berharap sangat penyakit kepala angin gastrik aku tu tak muncul. Berkat bulan puasa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa aku..
Okla, sekian bebelan untuk hari ini. Mulai esok aku akan bertugas ke luar pejabat. Mungkin ke Shah Alam. Okla sket, cepat sket masa berlalu kan? Ngelat betul ko ye mami-sue..cam budak kecik.
Selamat berbuka!!
No comments:
Post a Comment