"Ya Allah! Kau lindungilah kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami dan ahli keluarga kami dari penyakit berbahaya ini. Selamatkanlah bumi Malaysia dari virus yang membunuh ini.. Kepada-Mu kami berlindung. Amin."
Semalam, semasa singgah pasar malam terpaksa memakai 'mask'.. rasa macam Zorro pun ada. hehe.. Tak apalah, demi kesihatan. Tak sanggup nak merisikokan diri sendiri dengan wabak najis mughlazah tu.. eiiii. Nauzubillah. Tapi leceh la guna mask yg kena sangkut kat telinga tu. Nak selit2 dalam tudung. Mana nak cari yg jenis ikat yer?? Kemas le sket.. Nak jugak kontrol CUN walaupun memakai mask.. hahah. Ayat tak boleh blah..
2 comments:
Kami kat INFRA pun pakai gak. Sambung ngan tali hijau atau klip kertas. Jadi tak yah sangkut kat telinga.
hmm, betul gak tu. tak terpikir la.. tapi sue ada nampak orang lain pakai jenis ikat. lebih COOL!! hehehe
Post a Comment