Pages

13 May 2009

Tragedi di Cherating

On the way balik dari KT, kitorang singgah di Cherating. Niat nak bermandi manda, since Danial sebok sangat nak mandi laut masa kat KT. Lebih kurang pukul 4.00 petang kitorang sampai kat Cherating. Cuaca yang baik, redup jer.

Kami meneruskan pemanduan, menyusuri laluan berpasir utk mencari port parking yang baik punya. Tiba², vroomm...vrommm! Bunyi enjin menderum tapi kereta tak bergerak. Haa.. sudah! Tayar belakang dah terbenam dalam pasir.. Husband melompat turun dari kereta... Sah! Memang takleh bergerak dah nih..

Lantai kereta jejak ke pasir sbb tayar dah separuh terbenam.. Guano ni weihh?


Dengan kudrat yang ada, husband mengorek pasir di sekeliling tayar dengan harapan dapatlah ia bergerak.. berpeluh-peluh dia. Kesian.... Aku?? Aku tolong tengok aje la.. haha. Kejam. Bukan apa, masa tragedi ni berlaku.. budak 3 orang tu semua telah dilepaskan keluar kereta untuk bermain pasir. Nadhirah leka buat sand castle kononnya, Danial leka berguling² ala hindustan, sesekali mencurahkan pasir atas kepalanya.. Danish pulak, pantang aku leka sekejap.. dia dah mencicit lari ke arah laut. Nak masuk air.. aduhh!! Camana nih.. agak panik disitu.

Lihatlah keterujaan mereka.. syorga, syorga...! Diberi kebenaran bermain pasir oleh Mummy mereka.. Tak tahu dalam hati Mummy dia macam mana.. pikirkan esoknya nak outstation ke Perak.. Dengan baju semua lom packing. Kul baper lah agaknya sampai rumah malam nih.. nak buat laundry lagi.. aduuusss.

Sekumpulan anak muda India (India mari) datang untuk menolong. Semua pakat angkat/tolak kereta ramai².. tapi keadaan masih serupa. Bih kurang 5 minit selepas itu mereka minta diri nak balik, dengan alasan bas dah tunggu diorang... heheh. Betul ke tak, wallahua'lam. Ada niat nak tolong pun, kitorang berterima kasih... walau tak berjaya.

Maka berusahalah husband seorang diri.. tak sampai hati saya tengok. Last² saya ambil keputusan untuk meminta pertolongan kepada pengunjung lain. Angkut sekali budak 3 orang tu yang dah berlemuih ngan pasir menuju ke sebuah kedai perahu layar. Saya menghampiri 2 orang lelaki warga tempatan sambil berkata "Bang, sorry mengganggu. Mintak tolong boleh tak? Kereta kami tersangkut dalam pasir. Dah tak boleh gerak... " Sambil membuat muka kesian level maksimum.... "Alamak Dik, mana mampu kami berdua nak angkat/tolak kereta... Takpela, jap gi kitorang datang yer.." jawab brader itu. Saya pun mengucapkan terima kasih lalu beredar.


Sesampainya kami di tempat kajadian, kelihatan beberapa orang lelaki Cina sedang menolong husband. Alhamdulillah.. masih ada insan berhati mulia. Diorang tgh berbincang cara terbaik utk menolak kereta kami. Cubaan pertama, GAGAL. Tak lama selepas itu, datang pula brader Melayu yang saya jumpa tadi membantu meramaikan team penyelamat. Dengan sekali tolakan, VRROOOOMMM bergerak lah kereta kami.... BRRRAAVO! Semua orang bersorak gembira...heheh. Macam pertandingan pulak kekdahnya.

Maka dengan ini, ingin saya menghadiahkan cenderahati di atas kepada anda semua yang telah membantu kami. Walaupun saya tahu anda tidak membaca blog saya.. :) Usaha murni anda semua telah memberi pengajaran yang tak ternilai harganya. Sesungguhnya perbezaan agama, bangsa mahupun negara tidak menjadi halangan untuk kita menyemai nilai² murni sesama kita di dalam kehidupan kita seharian. Terima kasih.

4 comments:

Kujie said...

selalu pesan dgn anak2...buat baik jgn kira siapa kerana pasti suatu hari kita pun perlukan pertolongan org....lagi satu..tak org yg kita tolong tu yg balas...Tuhan turunkan pertolongan dengan berbagai cara.


tu kita senam gak tu..lepas bersantai...hehehe


p.s - rss kak jie detect entry tajuk lain.

Sue said...

kak jie, sue try buat form utk hubungi saya..mcm yg kak jie ajar. tapi gagal. tu yg keluar tajuk lain.. entry dah delete. hehehe.

Kujie said...

tang mana salahnya...

try lagi... bukan letak kat entri

letak kt sidebar

dah dpt code tu...buka dashboard

Layout > Add a Gadget > Pilih Text dan paste code tadi.

Bukan di entri box.

Mami-sue said...

ok kakjie, dah buat. ada kat menu atas tu. harap2 ok lah nih..hehe.

thanks for ur help. sayang akak!